4 Wanita kesayangan Rasulullah SAW




Berikut adalah wanita-wanita pengukir sejarah dalam Islam dan kesayangan Rasulullah SAW iaitu isteri-isteri Baginda.


1. Khadijah RA.
Nama penuhnya ialah Khadijah binti Khuwailid bin As’ad bin Abd Al Uzza’. Ia dilahirkan di Makkah tahun 68 sebelum hijrah. Ia adalah wanita yang berjaya dalam perniagaan, seorang saudagar wanita terhormat dan kaya raya. Pada masa jahiliyah ia dipanggil Ath Thaharoh (wanita suci) kerana dia sentiasa menjaga kehormatan dan kesucian dirinya. Orang-orang Quraisy menyebutnya sebagai pemimpin wanita Quraisy.

Rasulullah bersabda tentang Khadijah, “Allah tidak menggantikan untukku wanita yang lebih baik darinya. la beriman kepadaku di saat orang lain ingkar kepadaku, ia mempercayaiku di saat orang lain mendustakanku, ia menolongku dengan hartanya di saat orang lain tidak ada yang menolongku, dan Allah telah mengurniakan kepadaku putera (dari hasil perkawinan dengan) nya sedang wanita-wanita lain tidak.”


Keistimewaan Khadijah:

Are you a Muslim 'Butt'?

Video yang menarik saya dapat daripada seorang kawan di Tumblr.
Adakah anda seorang muslim sepenuhnya atau pun hanya seorang Muslim 'butt'?
Sama-sama kita saksikan..


ANDA DAPAT APA YANG ANDA BERI



Baru pagi sahaja pagi tadi, ketika hendak bersarapan,saya telah dihubungi oleh seorang sahabat lamanya bertanyakan tentang lensa yang bagus untuk kamera beliau. Kami berborak panjang tentang sahabat-sahabat lama dan khususnya perbincangan tentang lensa yang bagus untuk beliau buat coverage dan shooting. Akhirnya saya menyingkatkan perbualan dengan mengungkapkan,
You get what you pay for :)
dalam bahasa mudahnya untuk rakyat Malaysia, “ Anda dapat apa yang anda bayar ”.  Kita mudah-mudah sahaja boleh mencari lensa yang murah samada yang terpakai atau baru. Namun, adakah kita akan berpuas hati dengan prestasi dengan lensa tersebut di kemudian hari? Soalan ini saya ajukan pada beliau dan pembaca sekalian supaya kita berfikir jauh sebelum membuat investment (pelaburan) dalam fotografi. Ini bukan soal siapa punya badan kamera DSLR paling besar.. dan juga bukan soal siapa punya paling banyak lensa atau aksesori yang besar-besar.. Ini soal ‘lelaki di belakang kamera tersebut’~ (man behind the camera).


Alam Mahsyar Itu Indahkah?




1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


Syed Mokhtar Al-Bukhary

Siapa dia Syed Mokhtar Al-Bukhary ni?mungkin ramai yang tahu dan mungkin ramai yang tidak tahu. Dialah seorang tokoh yang mampu membuatkan seseorang itu berusaha keras dengan melihat keazaman dan kegigihan beliau mengharungi hidup. Niat KameraHidup bukanlah hendaklah mengagungkan sesiapa namun lihatlah pengajaran yang dapat diambil dari kisah beliau. Lagi bagus kalau kita sama-sama dapat berjaya di dunia dan yang paling penting di akhirat seperti yang disebut-sebut oleh Al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW.


TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY

 
LATAR BELAKANG

Umur : 53 tahun
Pendidikan : SPM
Mula berniaga : 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan : RM1,425 juta
Ranking : Ke 7 terkaya di Malaysia Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya : MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muamalat
Kereta : Proton Perdana
Sumbangan sosial:
Yayasan Al-Bukhary, Institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, Menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, Pengindahan Masjid Negara, Sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji. Pembinaan Masjid di Lapangan Terbang Senai,Johor.

Bagaimana dia bermula?
Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya
sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan.

Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau
untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah
pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.


MUTIARA KATA BELIAU...

Related Posts with Thumbnails