Kisah Kelebihan Sembahyang Tasbih




Diriwayatkan dari Abu Rafi r.a. bahawan Rasulullah S.A.W. telah bersabda kepada Al-Abbas: "Wahai mamanda, sukakah kamu jika aku memberikan hadiah yang berguna kepadamu?" kata Al-Abbas: "Ya, aku suka ya..Rasulullah S.A.W., semoga anda tetap menjadi kesayanganku yang akan aku bela walaupun dengan mengorbankan kedua ibu bapaku."

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda: "Wahai al-Abbas,sembahyanglah 4 rakaat dan bacalah pada tiap satubrakaat surah Al-Fatihah, kemudian sambung bacaan dengan surah lain setelah itu hendaklah kamu membaca Subhanallah, walhamdulillah, walaa illaha illallah, wallahu akbar sebanyak 15 kali, kemudian dalam rukuk hendaklah kamu membaca 10 kali, kemudian i'tidal hendaklah kamu membaca 10 kali, ketika sujud hendaklah kamu membaca 10 kali, duduk setelah sujud juga 10 kali dan apabila kali kedua sujud hendaklah dibaca 10 kali, kemudian duduk sesudah sujud hendaklah dibaca 10 kali sehingga ianya menjadi 75 kali bacaan tersebut dalam satu rakaat dan 300 kali jumlahnya bagi empat rakaat."
Kemudia Rasulullah S.A.W. bersabda lagi: "Wahai Al-Abbas, andaikata dosa-dosamu itu sebanyak pasir di Alij, nescaya akan diampunkan oleh Allah S.W.T."

Setelah mendengar penjelasan dari Rasulullah S.A.W. maka Al-Abbas berkata: "Ya..Rasulullah S.A.W., kalau saya tidak dapat melakukannya setiap hari, bagaimana?"

Rasulullah berkata: "kalau kamu tidak dapat mengerjakannya setiap hari, kerjakanlah setiap hari Jumaat." Al-Abbas bertanya lagi: "Bagaimana kalau saya tidak dapat melakukannya pada setiap hari Jumaat?"

Rasulullah menjawab: "Wahai Al-Abbas,sekiranya kamu tidak dapat melakukannyabpada setiap Jumaat maka lakukanlah sebulan sekali."

Al-Abbas bertanya lagi: "Kalau saya tidak dapat melakukannya sebulan sekali bagaimana?"

Rasulullah berkata: "Klau kamu tidak dapat melakukannya sebulan sekali maka bolehlah kamu melakukannya setahun sekali."

Ka'bul Ahbar berkata: "kalau seseorang itu dapat melihat pahala sembahyang sunat dua rakaat, sudah tentu dia akan melihat pahalanya lebih besar daripada bukit."

Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Sembahyanglah kamu di rumahmu (yakni sembahyang sunat), dan jangan kamu jadikan rumah kamu sebagai kubur (yakni hanya tepat tidur)."

Rasulullah S.A.W. berkata: "Mengerjakan sembahyang sunat dalam rumah lebih afdal dari sembahyang di hadapan orang dan sembahyang fardu itu lebih afdal sembahyang berjemaah dari sembahyang bersendirian."

Mengerjakan sembahyang sunat dalam rumah adalahsebagai nur, oleh itu terangilah rumah kita dengan mengerjakan sembahyang sunat di rumah, dan mengerjakan sembahyang fardu berjemaah di masjid atau di surau.

Ingatlah setiap pesanan Rasulullah S.A.W. bukan ditujukan kepada seseorang itu sahaja, sebaliknya setiap pesanan Rasulullah S.A.W. itu ditujukan kepada semua umat beliau (yakni kita).

Ikatan Hati Manusia Pada Dunia


Kisah ini berlaku sebelum rasulullah wafat iaitu Perang Hunain...Perang yang pertama setelah 19 hari pembukaan kota Mekah (reference: Raheeq Makhtum)..Dalam perang ini, kaum muslim telah diserang hendap...dan sebahagian besar tentera lari ke belakang..hanya 100 tentara yg tidak lari ke belakang dan tetap menentang musuh bersama rasulullah... teguhnya mrk hanya Allah yg teguhkan. setelah dipanggil kembali, bertambahlah bilangan muslim yg kembali menentang semula.
Akhirnya tentera muslim menang mengatasi Puak Hawazin. dan mendapat harta ghanimah yg saaangatt banyak...maka setelah itu..apa yg terjadi? ya....pembahagian harta2 tersebut....dan tahu apa yg berlaku?? . Rasulullah telah memberi semua harta rampasan itu kpd golongan Mekah tanpa beri pada golongan Ansar...sampai mengakibatkan golongan Ansar kecik hati...
yelah...rasul utamakan kaum dia...yelah..rasul dah dapat balik keluarga dia..yelah..rasul dah tak ingat kat kite... yelah...dadadaa...(camtuler agaknya kalau nak bayangkan).
Rasul pun dpt tahu ttg peristiwa 'Ansar yg kecik hati ni..' dan rasul pun berjumpa dgn semua golongan Ansar...

Doakan Non-Muslim?Boleh Ke Bang?




KENYATAAN RASMI PERSATUAN ULAMA' MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR BERHUBUNG

Isu Mendoakan Kesejahteraan Kepada Non- Muslim

1. Isu berkaitan perbuatan mendoakan orang bukan Islam telah mula timbul sejak laporan akhbar yang telah menyatakan terdapat khatib solat Jumaat yang mendoakan YB Ketua Menteri Pulau Pinang dalam khutbah Jumaat. Ekoran daripada pendedahan tersebut, pelbagai pihak termasuk ahli politik, agamawan dan masyarakat awam telah memberikan ulasan serta komen terhadap isu tersebut.

2. Secara ringkasnya, Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL) berhasrat untuk mengajak seluruh masyarakat untuk meneliti isu yang berbangkit ini daripada perspektif agama khususnya menelurusi pandangan para ulama’ muktabar. Sebenarnya isu ini telah pun dibahaskan dengan terperinci oleh ulama’ silam. Antaranya Imam al- Nawawi, seorang tokoh ilmuwan Islam telah menyatakan dalam karya beliau “Al- Azkar” seperti berikut :

" adalah harus mendoakan kafir zimmi supaya diberikan hidayah petunjuk, kesihatan badan dan seumpamanya". Walaubagaimanapun, Imam Al-Nawawi telah menyatakan orang islam tidak boleh mendoakan keampunan bagi orang bukan Islam.

3. Sebuah hadith telah direkodkan oleh Ibn Sunni, dimana Anas RA telah menyatakan bahawa dengan maksudnya, adalah Nabi SAW telah meminta untuk mendapatkan air lalu seorang Yahudi telah menimbakan air kepada Nabi SAW. Lalu Nabi SAW telah mendoakan kepada Yahudi tersebut “Semoga Allah mencantikkan kamu”, lalu Yahudi tersebut tidak pernah kelihatan uban sehingga dia meninggal dunia.


SYAITAN ITU KREATIF

Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini?

“Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia,” jelasnya.

Saya tersenyum. Ada kebenarannya. Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuan. Malangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenaran… tidak se’dinamik’ dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga.

Begitulah. Semoga kisah dialog di bawah boleh dijadikan cabaran untuk minda bagi terus memperjuangkan kebenaran. Kita mesti lebih kreatif daripada syaitan!

KISAH TIDAK LAMA DULU

Bertemu dengannya dahulu merupakan satu penghormatan. Apa tidaknya, dia sudah berubah – ke arah kebaikan.
“Mengapa tiba-tiba?” tanya saya.

“Hidayah bang…” jawabnya si dia pendek.

“Bagaimana dengan segalanya?” Risau saya dengan profesyennya.
“Allah ada. Allah akan membantu segalanya.”
“Syukur,” kata saya perlahan.

CINTA VS SUNNAH

Aku tergamam sebentar, mataku kaku melihat buku Kak Siti, roommateku, yang terdapat di atas mejanya, "111 WASIAT RASULULLAH SAW UNTUK WANITA SOLEHAH". Rasulullah? Nama yang sudah janggal untukku ungkap. Entah sudah berapa kurun bibirku tidak menyebutnya. Aku juga sudah lupa apa maksud 'SAW'. Tidak semena-mena ungkapan lagu nasyid kumpulan Hijjaz ketika aku menyertai pertandingan lagu nasyid sewaktu di sekolah rendah terngiang-ngiang di telingaku.

"Rasulullah dalam mengenangmu, kami susuri limpahan sirahmu, dan kami sanjung pengorbananmu... Engkau taburkan pengorbananmu Buat ummatmu......."

Ah, aku sudah lupa apa sambungannya. Lagu itulah yang telah menaikkan nama sekolahku. Dan paling penting ketika itu aku menjadi penyanyi solo. Bagaikan terpukau mataku terus memandang buku itu. Entah sudah berapa hari aku merenung buku itu setiap kali Kak Siti tiada. Entah apa istimewanya hingga menarik tanganku untuk mengambilnya. Kubelek-belek kemudian kubaca satu persatu isi kandungannya, masih tak kutemui bab yang menarik hatiku. Akhirnya mataku terhenti bila terbaca wasiat ke 5: Jangan buat dosa besar, nak baca tapi ada rasa secebis ketakutan.

Takut pada balasan yang bakal aku terima. Lebih-lebih lagi bab sebelumnya mengenai ketaatan kepada suami. Apakah pantas aku meletakkan perasaanku pada lelaki yang bukan suamiku? Apakah pantas aku menyerahkan sepenuh jiwaku terhadap insan yang bukan suamiku? Apakah pantas aku memberi ketaatanku pada insan yang bukan selayaknya? Kepalaku cuba membayangkan semula adegan-adegan romantis antara aku dan Syam.

Cinta pertama yang berputik gara-gara tersalah ambil beg ketika minggu suai mesra untuk pelajar tahun satu. Syam, lelaki pertama yang mengisi ruang kekosongan hatiku. Dialah insan yang banyak memberiku semangat. Dialah insan yang mengeluarkan aku dari kongkongan kisah silam yang telah menghancurkan keyakinanku. Dialah insan yang membalut luka-luka dihatiku. Dialah segalanya.......

Dinar, dirham jadi rebutan rakyat Kelantan


Hari pertama dinar emas dan dirham dibuka untuk jualan, semalam menyaksikan rakyat Kelantan memenuhi Pusat Pajak Gadai Islam Ar-Rahn di Kota Bharu bagi mendapatkan mata wang yang diperkenalkan kerajaan negeri itu.

Rata-rata pembeli yang ditemui berkata mereka berhasrat menjadikan dinar dan dirham itu sebagai hiasan diri seperti loket dan juga untuk disimpan sebagai koleksi peribadi.

Seorang pembeli, Zainun Che Aziz, 60, berkata pengeluaran dinar itu adalah trend terbaru emas di pasaran yang perlu dibeli dan harus dimiliki.

"Emas ni ikut musim, macam-macam bentuk dan saiz emas keluar di pasaran dan bila keluar emas dinar ni saya rasa mesti beli kerana ia unik dan saya mahu membuat loket untuk diberi kepada cucu saya. Kalau tidak beli rugilah mana tahu tiba-tiba ia tidak dijual lagi," katanya.

Sementara itu, Pengurus Operasi Ar-Rahn Kota Baharu 2, Siti Azian Ibrahim berkata sebanyak 344 keping dirham serta 50 keping dinar dibuka untuk jualan semalam.

"Melihat situasi sebelum ini pada mulanya kita tidak menjangkakan jualan dinar akan mendapat sambutan kerana ramai yang tidak bersetuju dengan penggunaannya dalam urusan seharian.

"Tetapi pembukaan jualan mata wang berkenaan di Ar-Rahn ini melihat sesuatu yang berbeza apabila rakyat tetap berminat membelinya dan kebanyakan pelanggan berkata mereka mahu menjadikan dinar itu sebagai perhiasan diri seperti loket dan gelang," katanya.

Siti Azian berkata bagi dinar, terdapat lima saiz yang dijual dengan harga berbeza setiap hari mengikut nilai emas semasa dan hari ini harga bagi setengah dinar ialah RM296, satu dinar (RM592), dua dinar (RM1,184), lima dinar (RM2,960) dan lapan dinar (RM4,736).

"Manakala bagi nilai dirham pula ialah satu dirham bernilai RM13, dua dirham (RM26), lima dirham (RM65), 10 dirham (RM130) dan 20 dirham (RM260)," katanya.

Beliau berkata bagi dinar, ia dibuat menggunakan emas bernilai tinggi iaitu emas 916 yang diguna untuk membuat barang kemas.

"Memang diakui di Kelantan trend membeli emas sentiasa wujud sejak dulu sehingga kini kerana tarikan nilainya yang sentiasa bernilai dan tidak akan turun secara mendadak sehingga merugikan," katanya.

Siti Azian berkata mereka yang berminat untuk membeli dinar itu dan ingin mengetahui harga dari semasa ke semasa boleh layari laman web http://islamicmint.com.my/atau mengunjungi pusat Ar-Rahn berhampiran, yang dipertanggungjawab menjadi wakil sah jualan dinar dan dirham.

Sumber: Malaysiakini

Salleh Gregor Ramsa Kutuk Ramadhan??




Anda pernah lihat orang Islam sendiri kutuk Ramadhan? hmm~ anda boleh lihat di bawah..

Mintak mintaklah kita dan keluarga kita dijauhkan daripada perkara seperti ini..

Ini semua melibatkan aqidah.. kalau aqidah pun sudah dipermain-mainkan.. apatah lagi perkara ibadah-ibadah lain yang sememangnya wajib dilakukan..

Allahumma inni a'zuzubika min sakhatika wannar~



Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan


 Zaharuddin  Abd Rahman

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

Kelebihan Ramadhan


Kelebihan Ramadhan


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

Untung Kalau Kahwin?





Aku kerap bertanya ikhwah yang masih bujang dan sepatutnya sudah kahwin setiap kali bertemu mereka: “Bila nak kahwin? Calon-calon akhawwat kat Baitul Muslim dah makin ramai?”. Macam-macam jawapan bersahaja yang diberikan: “Insya Allah ustaz bila sampai masanya”, “belum ada feel lah”, ekonomi belum kukuh”, “masih banyak perkara yang perlu didahulukan (priority)”, “nantilah dulu, tak fikir lagi…”

Bagi aku jawapan begitu tidak pelik kalau orang itu orang biasa yang tidak pernah diperdengarkan fikrah Islamiyyah dan dididik dengan perjuangan. Tapi andainya jawapan itu lahir dalam kalangan mereka yang telah ditarbiah dan hadam manhaj tagyir Islam, kurang logik dan tidak boleh diterima akal. Bahkan sepatutnya mereka mesti faham bahawa mereka perlu segera kahwin kerana:



Related Posts with Thumbnails