Selangkah Musafir ke Akademi Al-Quran 5


Tepat pada jam 1.45 tengahari, 18 Zulhijjah 1431 bersamaan dengan 23 November 2010, satu rombongan kereta yang sarat dengan 6 penumpang telah pun menuju ke arah masjid Sultan Idris, Ipoh, Perak.

Jime_AQ5-73

Senarai penumpang selamat mendarat adalah:
  1. Izzudin Hamidan (Anti-FB)

Tujuan dan matlamat kami satu.. lillahi ta’ala untuk menghantar sahabat kami, Zulhaziman Mat Salleh atau lebih dikenali sebagai “Jime” ke arena pentas Akademi Al-Quran 5 yang kini sedang giat mencari finalis-finalis sebanyak 10 orang untuk ke pusingan akhir.

Musafir bermula dengan penuh kegembiraan selepas solat zohor berjemaah. Saudara jime baru sahaja selesai dengan final examnya yang diberi nama HI (Heat Integration eyh?). Dikatakan itulah subjek tersusah semester ni.

Perjalanan kami disertai lebih kurang ENAM orang penumpang dalam sebuah kereta Wira Putih milik sahabat kami, saudara Izzudin Hamidan. Driver pilihan hati musafirun kali ini adalah saudara Nu’man Hilmy Mujahid, seorang penulis blog fotografi, http://www.fotogu.com. :P

Doa musafir memohon lindungan Allah dibaca seawal musafir kami bermula oleh saudara Nasrol Mohd Sani. Kami terus menuju tanpa hala ke arah Ipoh kerana saudara Jime juga tidak pasti di mana lokasi Sultan Idris tersebut. Kami semua buntu sambil bergelak besar di dalam kereta ditambah pula dengan kapasiti kereta yang “lapang”. :P

Tiba-tiba datang satu bantuan dari pemilik kereta, yaa~ handphone baru beliau memiliki satu sistem yang canggih yang ni Global Positioning System atau GPS. Kami gumbira kerana kebuntuan telah dipecahkan! :D

Kami terus menuju dengan hala yang jelas dan nyata ke arah yang ditunjukkan oleh sistem tersebut. dan apabila sampai ke tempat yang dituju pada pukul 2.45 petang , kami semua menyebut,

Laaaa…..Masjid Negeri Ipoh rupenye!!”, sambil gelak yang agak sakan.

Kereta diparkir. Lantas kami masuk ke dalam masjid untuk mencari samada program ini masih berjalan atau tidak. Tangga dinaiki. Kecewa~lalu kami turun semula dan terlihat satu bunting yang tertulis “Akademi Al-Quran 5” .. ^_^ kami terus memasuki bilik tersebut dan keadaan di dalam bilik tersebut umpama program yang telah habis sambil ada 2 orang pekerja teknikal yand sedang sibuk dengan alatan mereka.

Selepas adegan tolak menolak, akhirnya Jime dipilh untuk bertanya kepada abang tersebut. Nah! jawapan yang diberikan tidak mengecewakan. Kaunter pendaftaran ada di sebelah hadapan masjid. Kami menuju ke sana dan kelihatan ada seorang perempuan yang sedang menunggu-nunggu kehadiran kami.

“Kak..ni tempat pendaftaran Akademi Quran ke kak?” soal kami.
“Yup..berapa orang ni nak masuk?” soal kembali akak tersebut.
“Kami datang 6 orang ni kak……tapi.. yang ni je masuk” , sambil menolak Jime ke kerusi pendaftaran.
akak tu pun buat muke camni.. –______________-“

Jime_AQ5-5 Jime_AQ5-4

sambil2 jime daftarkan diri, Nu’man dan Izzudin sempat berborak-borak dengan akak tersebut. Kami menceritakan tentang bahawa generasi Al-Quran semakin pudar selepas diberitahu bahawa hanya baru 10 orang sahaja yang mendaftar sejak pagi tadi.

Jime_AQ5-18 Jime_AQ5-15

Kami berehat di ruang legar masjid sebelum dipanggil masuk. Jime tiba-tiba terlupa bagaimana tarannum hijjaz. Dicontengnya kertas bagi mengingat kembali tarannum tersebut. (dia nak buat toyol agaknya) :P

Jime dipanggil masuk.

Jime_AQ5-31 Jime_AQ5-35

Kami sempat berseloka sementara crew teknikal menyiapkan prop dan studio. Ambil gambar dengan bakdrop dan tiba-tiba kami terjumpa mikrofon yang bertulis Akademi Al-Quran 5. Lantas jime tanpa segan silu terus menjadi pengacara majlis pada hari tersebut. Abang crew tu pulak memang sporting.. die kata,

Wow..jadi pengacara nampak? haa~ xpe..xpe… main la.. bukak lampu spotlight tu kasi terang sikit~”

Jime_AQ5-39 Jime_AQ5-34

ngehe~ cayalah bang..sporting abes! ^_^ kami pun buat sesi interview dan pemenang utama Akademi Al-Quran 5 secara bayangan adalah Saudara Izzudin Hamidan.. kami ketawa sambil buat muka serius menjalani sesi interview. Seronok!

Set telah siap. Jime ambil tempat duduk. Jime adalah peserta pertama selepas ini. Tiba-tiba jime cakap
“Nervous la plak” … dup dup dup~~

Jime_AQ5-37Jime_AQ5-38

Syarat-syarat pertandingan diulang kembali. Diceritakan tentang buzzer dan juga ulasan panel hakim nanti. Kami semua disuruh senyap dan tidak dibenarkan membuat bising. (boleh ke agak2? :P)

Countdown oleh Floor Manager dimulakan bagi memulakan program..

5…
4…
3…
2...
1…

WE ARE ON AIR!
Jime_AQ5-43 Jime_AQ5-49
“Peserta pertama, Saudara Zulhaziman b Mat Salleh dengan no D011 sila ambil tempat.”
Jime mengambil tempat di depan RehalDho dengan langkah yang tenang dan yakin. Para hakim bertanyakan beberapa soalan peribadi sebelum dimulakan ujian Al-Quran.
Antara perkara yang paling menggelikan hati adalah apabila salah seorang juri bertanya kepada Jime,

“Saya nampak dari borang awak ni. Awak berpengalaman luas dalam ilmu bacaan Al-Quran. Juara The Qurra’ UTP. erm.. Awak orang kelantan ye? Kenapa takde bunyi loghat kelantan ye?” soal juri tersebut.

Jime dengan selamba ya ya dan tenangnya menjawab, “Baru lepas exam”

“err??” Juri bingung -____________-“

hehe..kelakar sungguh ketika tu.. program diteruskan dengan soalan diajukan kepada Jime. Ada 4 soalan, dan para juri akan pilih satu. Mana-mana yang kena tu kira nasiblah~ Jime dapat surah Al-A’raaf .. Aduh~ surah ni jime kata die memang xtahu sangat sebab surah ni baru bagi dia. tapi Jime terus mengalunkan surah dengan nafas yang panjang dan bersahaja sambil menjaga tertib bacaan Al-Quran dan tarannumnya. Sambil diperhatikan bacaanya  oleh para panel hakim..
.
.

Jime_AQ5-53 Jime_AQ5-55

Selesai bacaan.. Kami pun tarik nafas lega sebab jime berjaya.. pada telinga kami, suara Jime dah kira masuk tahap sedap dah. :)

Beralih kepada komentar para hakim.. ada 3 bahagian yang dievaluasi..
  1. Fasohah (Kelancaran)
  2. Tajwid (Hukum Bacaan)
  3. Tarannum (Lagu)

Jime_AQ5-58 Jime_AQ5-60

Antara komentar baik yang diterima Jime:
  • Sukar dicari kesalahan besar dalam bacaan dan kelancaran
  • Suara yang sedap dan boleh dilihat pengalaman dalam bacaan Al-Quran

Namun masih ada juri yang dapat mengesan sedikit sebanyak kesalahan yang dilakukan oleh saudara Jime yakni:
  • Suara macam tak lepas habis seperti tertahan-tahan dan tidak nyaring
  • Harakat mad jaiz & mad wajib tidak cukup
  • Nak buat wuslah (nahawand + rast dlm satu nafas) tapi tidak berjaya
  • Tiada markah bonus utk wuslah (juri ckap kalau dapat buat memang dapat banyak markah)
  • Berhati-hati supaya tidak tertukar antara Ha halus dan Ha tebal.

Selesai sesi komentar. Jime mengucapkan terima kasih dan salam. Jime turun dari pentas dengan senyuman seolah-seolah jime dapat mengagak sudah komentar ini bakal diterima buat beliau kerana beliau tidak biasa dengan surah ini. :P

Ana dah agak dah akan kena komen mcm tu.. memang susah nak menang ni.. surah tu ana tak biasa praktis.” ujar Jime sambil senyum manisnya.

Kami pun menenangkan Jime. dan Jime secara spontan berkata,
“Ana datang tadi memang saje2 je nak testing dan nak lepas tension exam, tu yang main-main tu mula-mula.. datang sini xprepare apa-apa pun.. Last-last tengok main-main sungguh time atas pentas”, kami ketawa je dengar jime cakap mcm tu. hehe~ :D

Jime turut diinterview bagi menyatakan pendapat tentang prestasi dan program Akademi Al-Quran ini..

Jime_AQ5-61 Jime_AQ5-62

Program ditangguhkan untuk Solat Asar. Kami solat Asar berjemaah di Masjid bahagian atas. Imamnya adalah salah seorang dari panel hakim tadi.. hehe~ ana senyum je.. selesai solat, Jime bersalam dengan imam tersebut dan imam tersebut memberikan senyuman kepada Jime seolah-olah berkata,

Cuba lagi Zulhaziman.. biase la tu..semua orang buat salah.. tapi lain kali janganlah main-main mikrofon lagi kalau dah tahu nak masuk pertandingan.. ape daa~” dialog ini adalah rekaan semata-mata. :P

Kami pun pulang kegembiraan setelah berjaya mendapat saman dari Dewan Bandaraya Ipoh kerana tak bayar parking..hehe~

Jime_AQ5-71 Jime_AQ5-72

Pengakhiran musafir kami dihangatkan lagi dengan kami bernasyid beramai-ramai di dalam kereta.. Masing-masing menunujukkan bakat masing2 dengan bass nya, vokal nya, harmoninya…macam2~ kami gumbira dengan musafir yang mungkin kali terakhir sebelum kami grad..alhamdulillah..oh lagu tersebut??Lagu tersebut bertajuk.

“ISTERI CERDIK YANG SOLEHAH”

Galeri Gambar ^_^
atau anda boleh ke FACEBOOK saya di SINI.

Hidup untuk tangkap gambar

JEFFRY suka merakamkan wajah dan reaksi kanak-kanak sepanjang kembara fotografinya di banyak negara.


WANITA Jepun itu mengamati foto-foto yang terpamer di galeri pameran itu dengan penuh minat. Tidak lama kemudian dia melirik ke arah Jeffry Lim sambil melemparkan senyuman lebar dan menaikkan ibu jarinya menandakan isyarat bagus. Tiada dialog.
Jeffry, 31, yang sedang ditemu bual penulis menyambut senyumannya dengan wajah yang puas.
"Bila kita dapat membuatkan orang gembira itu adalah perasaan yang tidak boleh dibeli dengan wang," kata Jeffry, jurugambar profesional tanah air yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan Malaysia kepada Jurnal ketika ditemui di pameran fotonya, Feel di Bangsar Shopping Center (BSC), Kuala Lumpur baru-baru ini.
"Foto, seperti juga lukisan, ialah bahasa universal. Sesiapa jua boleh memahami dan merasainya," tambah anak kelahiran Kuantan, Pahang itu yang telah memenangi lebih 20 anugerah foto.
Jeffry merupakan jurugambar bebas yang telah bekerja dengan 500 syarikat yang tersenarai dalam Forbes.
Dia juga telah bekerja dengan beberapa syarikat dokumentari yang mengeluarkan program seperti National Geographic Channel, National Geographic Traveler, Discovery Channel dan AP (Associate Press).
Dia juga terlibat dalam projek-projek buku bergambar kembara Petronas seperti Petronas Trans Himalayas, Petronas South Asia Axpedition dan Petronas Euroasia.
Mesin
Dengan tugasnya sebagai jurugambar profesional, dia telah mengembara ke 40 buah negara termasuk China, Kazakhstan, Sweden, Rusia dan Kanada.
Dia turut menjadi jurugambar bagi syarikat gas dan kenderaan di Jepun serta syarikat perubatan dan farmasi di AS.
Jeffry menimba pengalaman sebagai jurugambar selama 15 tahun dan mula mempunyai pejabat di New York pada tahun 2006.
Lelaki yang sebelum ini merupakan pemberita bergambar memberitahu, portfolio fotonya adalah merangkumi industri berat, editorial, potret dan kembara.
"Saya sebenarnya suka menceburi bidang foto yang tidak banyak diceburi oleh orang lain seperti foto dalam industri berat.
"Sebabnya saya suka tengok mesin yang besar-besar dan barangan berteknologi tinggi. Dari situ, saya tengok bagaimana ia beroperasi dan sebagainya.
"Bukan semua orang dapat tengok. Sekarang saya rasa diri saya sudah seperti ensiklopedia," katanya berjenaka.
Namun, Jeffry menyifatkan kerjanya itu mencabar dan agak berbahaya.
GEMAR bidang fotografi yang kurang diceburi ramai seperti fotografi industri berat.


"Saya pernah terjatuh dari tangga semasa sedang mengambil gambar di kilang gas di Jepun. Kamu tahulah jadi jurugambar ini, perlu bawa bebanan yang berat.
"Kamera besar, lensa-lensa yang beraneka saiz lagi. Berjalan sambil bawa bebanan yang berat kadang-kadang kita tidak mampu mengawal pergerakan.
"Bila jatuh, tulang belakang saya disahkan doktor terjejas teruk. Akibatnya saya tak boleh berdiri dan tak boleh duduk.
"Doktor nasihatkan saya berhenti kerja jurugambar tapi saya enggan. Mana boleh berhenti, itu kerja dan minat saya, saya tak boleh hidup kalau tak tangkap gambar. Itulah yang saya mahu lakukan seumur hidup.
Petronas
"Lama-kelamaan setelah melalui fisioterapi akhirnya saya kembali pulih," ujarnya.
Itu bukanlah satu-satunya saat cemas baginya sepanjang bergelar jurugambar.
Dia pernah merasakan dirinya akan mati apabila mengalami kesakitan altitud pergunungan semasa berada di ketinggian 5,486 meter dari aras laut di sebuah gunung di Kashmir.
Dia tidak boleh bernafas kerana bekalan oksigen yang dibawa dengan kereta telah habis.
Beritahu Jeffry, dia gemar mengambil gambar yang mempunyai mesej cerita, ekspresi dan emosi. Kerana baginya, itu adalah gambar yang mampu menghubungkan jiwa-jiwa manusia.
Kanak-kanak dan warga tua yang ditemui dalam kembaranya adalah golongan yang selalu tidak lepas daripada lensanya.
"Saya suka merakamkan gambar kanak-kanak sebab ekspresi mereka paling tulus dan sejati. Mereka tidak pandai berpura-pura. Emosi mereka ialah benar.
"Jika mereka suka adalah kerana mereka benar-benar suka dan jika mereka berduka, mereka benar-benar berduka.
"Dalam banyak-banyak foto yang pernah saya rakamkan juga, gambar seorang kanak-kanak Tibet adalah gambar yang paling saya suka.
"Saya juga gemar merakamkan gambar warga tua kerana sepanjang kembara, saya suka bergaul dengan mereka.
"Bagi saya, warga tua suka bercakap dan mahu teman untuk berbual. Mereka akan berasa bahagia dan cukup dihargai jika kita mendengar apa yang mereka katakan. Saya amat menghormati orang tua," katanya.
JEFFRY juga gemarkan teknik foto hitam putih untuk menyampaikan mesej secara lebih mendalam.


Kerana minatnya merakamkan gambar yang berekspresi dan penuh emosi, Jeffry berkata, selain untuk merakamkan gambar di Antartika, impiannya adalah untuk menjadi jurugambar perang.
"Saya mahu menjadi jurugambar perang, sebab saya ingin merakamkan gambar yang mampu membuatkan manusia berhenti berperang," ujarnya.
Ditanya adakah kerjayanya mampu menyara hidupnya dan mampu menjadikan dirinya kaya, Jeffry pantas menjawab: Tidak.
"Kerjaya saya sebagai jurufoto profesional bebas bergantung kepada permintaan orang. Jika tidak ada orang hendak ambil bekerja, kita perlu usaha sendiri untuk dapatkan tugasan.
"Kadang-kadang perlu melobi sendiri dengan mengirimkan contoh foto yang pernah kita ambil ke pejabat-pejabat orang," katanya yang pada awalnya pernah gigih menghantar foto rakamannya ke 200 pejabat dalam menara berkembar Petronas sebelum foto itu diambil untuk mengisi sebuah majalah Petronas.
"Tapi saya tidak kisah sangat tentang wang. Sepanjang kembara fotografi saya di merata tempat, saya berjumpa dengan macam-macam orang.
"Ia hanya membuktikan, tanpa rumah yang besar, kereta yang mewah, wang yang banyak, kebahagiaan itu masih boleh dikecapi di dunia ini," katanya yang gemar merendah diri.
Sumber: KOSMO!

Related Posts with Thumbnails