Kenyataan Rasmi Presiden Rakan Masjid : Konsert Euphonius



Dari Kamerahidup: Baca dahulu sampai habis, baru komen .. Kalau komen anda tidak berasas, I will just delete your comments.. diskusi ilmiah.. :) 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya, Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk"
An-Nahlu:125

Banyak persoalan timbul dari pelbagai pihak tentang apa tindakan daripada pihak Rakan Masjid terhadap penganjuran konsert Euphonius yang akan berlangsung pada 23 April 2010. Saya menerima banyak emel, malah ada juga yang menuduh Rakan Masjid (RM) tanpa asas yang kukuh.

WARNA DALAM KEHIDUPAN


HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA

WARNA: MERAH


kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin


MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
WARNA: BIRU

Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah “screen saver” computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenangdan kurangkan rasa tegang



ELAKKAN INSOMNIA

WARNA: MERAH JAMBU

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik… ..!


CERIAKAN MOOD ANDA
WARNA: JINGGA

Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah.


LENYAPKAN KELETIHAN
WARNA: HIJAU 

Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan

Sumber: Isu Hangat

GARIS PANDUAN MENGADAKAN ACARA KONSERT / PERSEMBAHAN DAN HIBURAN DALAM ISLAM




1- Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang tidak mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW, melekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita.

Allah SWT memberi peringatan kepada sesiapa yang meragui kebenaran hari kiamat dengan firmannya: “Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa”. (surah Taaha : 15-16)


Dosa Yang Patut Disangka-Sangka


FACEBOOK: Photos & Tagging Yang Mengundang Dosa

Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.

Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.


Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya.

Ditarik Nikmat





KASMADI duduk di hadapan pintu rumah bersama isterinya, Mahani
di Marang semalam.



MARANG - Bagi manusia, salah satu nikmat hidup pastinya peluang untuk melelapkan mata atau tidur dalam keadaan nyenyak sehingga hilang segala penat dan kesakitan badan.
Namun bagi Kasmadi Jusoh, 35, kenikmatan itu sudah hilang daripada dirinya. Dia mendakwa tidak dapat tidur langsung walaupun sejenak sejak hampir 10 bulan lalu.
Sumber: Kosmo!
Komen Kamerahidup: Kadang2 ada antara kita menganggap tidur itu hanyalah suatu perkara yang kecil. Namun bagaimana kalau nikmat 'tidur' ini ditarik?haa..mungkin akan ada yg pergi ke skolah, tempat kerja mahupun buat aktiviti2 seharian dengan bermatakan 'panda' ..hehe~ Smoga kita menjadi orang yang bersyukur dan sentiasa ingat bahwa nikmat Allah itu sangat luas tidak terbayar oleh kita..sebagaimana dalam surah luqman ayat 27,
"Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimah (nikmat) Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
Jom jadi orang bersyukur..insyaAllah :)

Rakan Menembak

Haa..tadi masa balik dari kelas Structural Dynamic yang walaupun aku xberapa faham sangat but I really much enjoy sitting in his class, Dr Shahir Liew. Then singgah la kejap dekat kopetro, Amir(roomate) cari apa ntah..biskut~ Sementara tunggu die dgn urusan 'besar' itu, aku ambil masa baca surat khabar Utusan.. I was shocked..macam2 jenis orang kat dunia ni bile nk selamatkan diri sendiri..haiyo~
Tajuk kat atas bukannya rakan menembak di papan..tapi rakan menembak di kaki rakan sendiri...adoi..


The story begins..

"Perompak tembak mati rakan sendiri ketika lepaskan diri"

KUALA LUMPUR 5 April - Memang dasar penjenayah. Seorang perompak tergamak menembak mati rakannya sendiri yang cedera untuk melepaskan diri ketika mereka melarikan lapan dulang barang kemas dari sebuah kedai emas.

Aksi ganas yang biasanya hanya ditonton dalam drama atau filem itu berlaku pukul 2.40 petang di Plaza OUG, Jalan Klang Lama di sini hari ini.

Ketika itu, dua penjenayah yang bersenjatakan sepucuk pistol sedang meloloskan diri setelah mengaut barangan kemas, dianggarkan bernilai setengah juta ringgit dari premis berkenaan.

Tindakan pantas pengawal keselamatan di kedai emas itu melepaskan tembakan mengenai perut salah seorang penjenayah terbabit.

Kedua-dua penjenayah cuba melarikan diri menerusi pintu sebuah restoran makanan segera bersebelahan namun penjenayah yang cedera tiba-tiba rebah.
Melihatkan keadaan rakan sejenayahnya itu, suspek bertindak kejam melepaskan dua das tembakan ke perut rakannya sebelum melarikan diri.

Akibatnya penjenayah yang berusia 34 tahun itu maut di muncung senjata rakannya sendiri.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, pihaknya berjaya mengenal pasti wajah suspek menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh daripada restoran makanan segera itu.
Terdahulu, katanya, kedua-dua penjenayah dilihat memasuki Plaza OUG menerusi pintu restoran makanan segera yang sama, lalu terus ke kedai emas itu dan menahan pengawal keselamatan serta merampas pump-gun miliknya.
"Suspek seterusnya mengarahkan keempat-empat pekerja kedai emas memasukkan barang kemas ke dalam beg.
"Mereka bagaimanapun tidak menyedari terdapat seorang lagi pengawal di dalam bilik cermin keselamatan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian petang ini.

Ketika hendak melarikan diri, tambahnya, pengawal keselamatan itu melepaskan satu das tembakan tepat mengenai perut si mati. "Seorang saksi memberitahu polis suspek melarikan diri dengan sebuah motosikal, namun tidak sempat melihat nombor plat pendaftarannya. "Suspek ialah seorang penjenayah yang begitu kejam dan berbahaya. Bayangkan dia sanggup membunuh rakannya sendiri, jadi polis harus memburunya secepat mungkin dan mengheretnya ke muka pengadilan," katanya.

Menurut Muhammad Sabtu, semakan polis ke atas identiti si mati mendapati dia mempunyai dua rekod jenayah melibatkan kes samun dan dadah.Sementara itu, menurut seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Hong, 56, dia terkejut apabila terdengar satu bunyi tembakan dari premis berhampiran."Ia kemudian disusuli dengan dua lagi bunyi dentuman kuat yang sama dan keadaan menjadi kecoh dengan orang ramai lari tergesa-gesa keluar dari restoran makanan segera itu sambil menjerit-jerit," katanya yang menjual komik.

Seorang lagi saksi, pengunjung lelaki berusia 50-an pula memberitahu ketika melalui hadapan kedai emas itu, dia hairan kenapa semua pekerjanya mengangkat tangan.
"Menyedari kelibat salah seorang penjenayah memegang sepucuk pistol, saya bergegas mencari perlindungan kerana takut sekiranya berlaku tembakan rambang," jelasnya.

Sumber: Utusan

KameraHidup's comment: Walaupun mencuri tu buruk perangai dan perbuatan yang dikeji dalam agama Islam mahupun agama siapa2.. tp bagi aku ade terselit satu cerita moral yang sepatutnya kita ambil iktibar dari kes ni.. JANGAN TIKAM BELAKANG SAHABAT/RAKAN/KAWAN! Bantulah dia selagi mampu (jangan bantu merompak) dan kita sepatutnya jujur dalam persahabatan.. tak kan kite bersama dia tatkala senang je..waktu susah letak kat blakang then pijak-pijak? This is surely is not a type of friend we are looking for..betul x?Fikir-fikirkan..


Analog vs Digital ??

Hari ni aku terbaca satu post di akhbar online, Kosmo! mengenai kamera analog. Wow! That is one good classic camera that i havent had an opportunity to own it.. but yet, I still have my own Minolta X-300S which I love most but no time to play with it though..hehe~ jadi apa bezanya kamera analog dan digital ni? mana satu yang lebih bagus?or which one should i buy? haa..persoalan2 tu mungkin atau tidak mungkin terjawab dalam post kali ni (tapi mcm berat ke arah analog je..hehe) apa2 pun semua pilihan sepatutnya terpulang kpda individu sama ada nak pkai untuk shoot apa untuk dan tujuan memiliki kamera tersbut.. Pilihan di hati masing2~ cewahh..next time aku kongsi sikit kot pasal kamera mana yang leh korang miliki..

Buat peminat2 yang sukakan ilmu fotografi, have a read for this post.. knowledgeable! enjoy.. ^_^


Terpesona mutu foto analog


Murabbi Cinta, Seorang Nabi














“Kepalaku!” kata Aisyah.

Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan Aisyah radhiyallaahu ‘anha baru sahaja pulang daripada menziarahi perkuburan al-Baqi’ lewat malam tadi.

Kepala Aisyah sakit berdenyut-denyut.

Baginda menyedarinya.

“Bahkan kepalaku juga wahai Aisyah. Oh kepalaku!” kata Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Jika suami pening, tangan isteri yang

Related Posts with Thumbnails