Hari ni aku terbaca satu post di akhbar online, Kosmo! mengenai kamera analog. Wow! That is one good classic camera that i havent had an opportunity to own it.. but yet, I still have my own Minolta X-300S which I love most but no time to play with it though..hehe~ jadi apa bezanya kamera analog dan digital ni? mana satu yang lebih bagus?or which one should i buy? haa..persoalan2 tu mungkin atau tidak mungkin terjawab dalam post kali ni (tapi mcm berat ke arah analog je..hehe) apa2 pun semua pilihan sepatutnya terpulang kpda individu sama ada nak pkai untuk shoot apa untuk dan tujuan memiliki kamera tersbut.. Pilihan di hati masing2~ cewahh..next time aku kongsi sikit kot pasal kamera mana yang leh korang miliki..

Buat peminat2 yang sukakan ilmu fotografi, have a read for this post.. knowledgeable! enjoy.. ^_^


Terpesona mutu foto analog










SEJAK umur Aqmal Hadi Shapee tujuh tahun, minat ke arah fotografi sudah mula timbul. Menggunakan kamera filem milik ayahnya, Aqmal mula menangkap gambar-gambar selipar dan barangan antik yang menampakkan sisi klasik.
Malangnya, ayahnya memarahinya kerana beranggapan Aqmal sekadar membazirkan filem. Sejak itu, Aqmaln yang kini berusia 30 tahun tidak lagi menangkap gambar. Namun, minatnya terhadap gambar dan kamera klasik tidak terpadam begitu sahaja.
Selepas melanjutkan pelajaran di Auckland, New Zealand dalam bidang Komunikasi Pemasaran, Aqmal memberanikan diri membeli kamera klasik jenis Minolta SRT 303B yang berharga RM200.
"Walaupun tidak tahu apa-apa mengenai kamera klasik tersebut, saya tetap membelinya. Saya belajar melalui laman web tentang cara menggunakan kamera klasik, filem apakah yang sesuai digunakan dan bagaimana menghasilkan gambar klasik hitam putih," kata anak sulung daripada tiga beradik itu.
Kepuasan
Jurutera teknologi maklumat (IT) di VHQ Post (M) Sdn. Bhd., Damansara Height, Kuala Lumpur itu berpendapat, kamera klasik atau dipanggil analog mempunyai keistimewaan yang tidak terdapat pada kamera digital.





. Kesempurnaan skil hanya boleh dicapai melalui latihan dan eksperimentasi yang tidak kenal putus asa.



"Kamera analog lebih tahan lama daripada kamera digital. Selain itu, dari segi mutu dan simpanan data juga adalah lebih bagus.
"Sememangnya saya lebih suka mengambil gambar hitam putih berbanding gambar yang berwarna. Gambar hitam dan putih lebih menampakkan bentuk dan imej yang tersirat," ujarnya seakan berfalsafah.
Kini, Aqmal bukan sahaja mengambil gambar sebagai hobi tetapi juga mencuci dan menghasilkan sendiri gambar sebagai sumber pendapatan sampingan.
Aqmal mula membeli peralatan untuk bilik gelap daripada laman web eBay untuk menghasilkan gambarnya sendiri.
"Sebelum ini saya hanya menghantar gambar ke kedai untuk dicuci. Namun lama kelamaan saya tidak puas hati apabila hasil yang diperoleh tidak menepati cita rasa," katanya yang selepas itu melayari laman web eBay untuk membeli beberapa peralatan mencuci kamera dan menghasilkan bilik gelapnya sendiri.
Sejak enam tahun berkecimpung dalam hobi tersebut, Aqmal telah membelanjakan sebanyak RM30,000 untuk membeli 15 jenis kamera klasik dan digital serta menghasilkan bilik gelap bagi kemudahan mencuci filem.
Antara 15 kamera milik Aqmal termasuklah kamera jenis Linhof buatan Jerman yang dihasilkan pada tahun 1968, kamera Hassel Bald buatan Sweden yang dihasilkan pada tahun 1995, kamera Cambo SC buatan Netherlands yang dihasilkan pada tahun 1985, Minolta XD buatan Jepun yang dihasilkan pada tahun 1978 dan Diana buatan China yang dihasilkan pada tahun 1980.



ANTARA peminat kamera klasik photomalaysia.com. Dari kiri (berdiri), Hemin Xyian Mahzan, Aqmal Hadi Shapee, Mohd. Erman Anis dan Mohamed Raziff Mohd Yusoff. Dari kiri (duduk); Eddie Putera Nordin, Shariff Akhtar Azizi dan Majdi Khairuddin.
"Pada mulanya, saya hanya memiliki kamera klasik yang berformat kecil. Filem yang digunakan juga bersaiz 6x6. Disebabkan masih tidak berpuas hati, saya membeli kamera klasik yang menggunakan format yang lebih besar pada harga RM3,500.
"Kamera berformat besar menghasilkan gambar yang lebih jelas dan puas dilihat. Gambar yang terhasil juga kelihatan seperti sebenar," katanya.
Setakat ini Aqmal mempunyai dua kamera digital, empat kamera klasik kecil, dua kamera klasik medium saiz dan dua kamera klasik bersaiz besar, kamera pinhole dan kamera permainan klasik seperti Holga dan Diana.
Kongsi minat
Dalam pada masa yang sama, Aqmal menjadi ahli laman webPhotomalaysia.com dan berkongsi idea dan konsep bersama rakan-rakan lain mengenai penghasilan gambar klasik.
Buat masa ini, Aqmal bersama dengan beberapa orang rakan termasuk Hemin Xyian Mahzan, Mohd Raziff Yusof, Shariff Akhtar Azizi, Mohd. Erman Anis, Majdi Khairuddin, Eddie Putera Nordin akan pergi bereksperimen dengan pengambilan dan penghasilan gambar klasik mengikut kreativiti masing-masing.
Sementara itu, bagi Shariff Akhtar Azizi, 28 pula, minat ke arah kamera klasik mula timbul selepas melewati laman web flickr.com.
"Laman web tersebut memaparkan banyak gambar hitam dan putih hasil daripada kamera klasik.












Kamera jenama Linhof buatan Jerman yang menjadi kesayangan Aqmal.





"Saya tengok sentuhan gambar yang dihasilkan kamera klasik cukup mengagumkan. Sehinggakan sisi gelap pada gambar tersebut masih boleh dilihat dengan mata kasar," katanya yang selepas itu terus membeli kamera klasik jenis Hassel Blad buatan Sweden tahun 1982.
Kini, Sharif telah mempunyai tiga jenis kamera klasik iaitu Nikon FM2 dan Nikon F3 serta kamera digital jenis Nikon D200.
Selepas itu, Shariff mula mendaftarkan diri menyertai kelab Photomalaysia dan mendapat tunjuk ajar daripada ahli-ahlinya yang lain.
Menurut Shariff, bukan mudah untuk menggunakan kamera klasik. Ia bukan seperti kamera digital yang boleh dipetik atau dibuang begitu sahaja.
"Kamera filem memerlukan kita mengambil gambar dengan lebih berhati-hati. Kena fokus 100 peratus untuk menghasilkan gambar yang terbaik.
"Cabaran lain adalah apabila saya perlu mendapatkan filem hitam dan putih. Tidak banyak kedai yang mencuci filem hitam putih. Disebabkan itu, peminat kamera klasik kebanyakannya mempunyai tempat atau bilik sendiri bagi mencuci filem," katanya.