Berjuangkah Kamu?

" Ikhlaskan hati dan betulkan niat ketika berbuat amal ni sahabat-sahabat "



Nasihat yang sering dilontarkan buat sesiapa sahaja yang mungkin berada di dalam majlis-majlis tazkirah, usrah mahupun ketika berborak santai. Namun, sedarkah kita bahawa Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia berikan kita peluang untuk beramal soleh sedangkan masa kini ramai sangat insan-insan berakal tidak mampu untuk mengoptimasikan kelebihan akal yang diberikan kepada mereka.


Ada yang susah mencari kerja halal tapi masih ada yang senang-senang mencuri dan merompak.


Ada yang susah untuk berkahwin tapi masih ada yang senang-senang berzina dan melakukan maksiat.


Ada yang susah untuk mencari kehidupan tapi masih ada yang senang-senang merampas hak serta milik rakyat.


Jom sama-sama muhasabah diri samada kita ni ikhlas atau tak menyampaikan sesuatu kepada orang lain.


" Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. " An-Nisaa' : 17




Apa beza ISRAEL dengan TERRORIST?


" Siapa Terrorist sebenar? Islam atau Israel?" ujar sahabatku..
"Apa beza terrorism ISRAEL dengan serangan tanpa sebab untuk berkuasa??" tanya saudaraku..

Ahad, 06/06/2010 – Seorang aktivis Ireland yang ditahan oleh Zionis-Israel dalam operasi komando pada armada bantuan pada Isnin lalu, menuduh regim terbabit melaksanakan suatu tindakan lanun. Mereka juga menuntut Israel menghapuskan kepungan yang menimbulkan kontroversi dan membenarkan kapal MV Ireland Rachel Corrie untuk memberikan bantuan ke Gaza.

UNITED STUDENTS 4 GAZA [US4G]

Assalamu'alaikum..

untuk makluman semua sahabat2 dan sahabiah seagama sekalian..

Jumaat depan, 11 June 2010
Di perkarangan Masjid An-Nur, UTP
Selepas Solat Jumaat

akan diadakan satu  RALLY/DEMO/PEACEFUL GATHERING anjuran US4G atau United Students 4 Gaza  utk menunjukkan ketidak puas hatian kita sebagai muslim dengan tindakan ISRAEL yang membedil dan menyekat bantuan kemanusiaan kpda GAZA, Palestin.


Langsung demo anti-Israel Di Kuala Lumpur






"Jangan buat DEMONSTRASI !!" - APCO

Rakyat Marhaen

Jenazah yang terkorban akibat serangan komando angkatan laut Israel, diarak oleh orang ramai di hadapan Masjid Fatih sebelum dimakamkan di tanah perkuburandi Masjid Fatih di Istanbul, Turki, pada hari ini Kamis, 3 Jun 2010.



Israel telah menolak desakan daripada PBB dan negara-negara lain untuk penyiasatan antarabangsa ke atas serangan kapal mavi marmara yang telah mengorbankan aktivis kemanusiaan ke Gaza.


The coffin of a victim of the Israeli naval commandos raid ,  is  carried by people at the end of the funeral religious service at the  Fatih mosque in Istanbul, Turkey, Thursday, June 3, 2010. Israel has  rejected calls from the U.N. and others for an international  investigation of its deadly raid on a Gaza-bound aid flotilla.


Judi itu Halal


Judi itu halal...kah?
maisir itu terang2 haram..jadi adakah judi itu halal?
apa beza judi dan Maisir??
Sebenarnya Maisir itu dalam bahasa Arab yang membawa makna JUDI dalam bahasa Melayu....


Hari ni KameraHidup telah melayari internet dan telah ternampak sesuatu...
Astaghfirullah~
budak kecil umur 5 tahun pun tahu judi tu haram..
tak kan disebabkan terlalu takut kepda judi di belakang tabir, kita mengiyakan dan menghalalkan  judi di depan khalayak ramai supaya judi dapat dikawal..



Cerpen: Mana Tuhan Kamu?

Semalam KameraHidup telah mendapat satu email yang amat menarik daripada seorang sahabat. Ia adalah sebuah CERPEN, berkisarkan tentang bagaiman orang-orang kafir yang menindas sambil merpersoalkan umat Islam.. "Di mana tuhan kamu itu?di mana muhammad kamu itu?"

dan lihatlah sahabat2...bagaimana sebenarnya kita,MUSLIMIN adalah insan yang kuat dan mampu untuk melawan kuffar laknatullah atau yang lebih tepat dalam pada masa sekarang yakni YAHUDI LAKNATULLAH!sama2 kita mengambil ibrah dari cerpen ini......


Di 
manakah Tuhan Kamu? Dia ada di sisi aku. Siapakah yang percaya? ~ 
Picture by Kienzan of Deviant Art
Di manakah Tuhan Kamu? Dia ada di sisi aku. Siapakah yang percaya? ~ Picture by Kienzan of Deviant Art

Cerpen ini saya tulis khas untuk ummah.
Moga-moga manfaatnya besar.
Moga-moga kesannya mendalam.
Agar menyemarakkan api perubahan.
Dan memadamkan gelita kefasadan.
Terimalah. Cerpen: Mana Tuhan Kamu?
Bacalah dengan penuh penghayatan.

Cerpen: Mana Tuhan Kamu?


Dah diserang, baru nak membantu ke cik Mesir?






KAHERAH: Presiden Mesir, Hosni Mubarak semalam mengarahkan pembukaan sempadan Rafah bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar ke Semenanjung Gaza, lapor agensi berita MENA. 

Arahan itu dibuat sehari selepas serangan maut komando Israel terhadap konvoi kapal bantuan ke Gaza.
“Presiden Mesir mengeluarkan arahan bagi pembukaan sempadan di Rafah bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dan perubatan dihantar ke Semenanjung Gaza,” lapor MENA.


Menurut sumber keselamatan Mesir, sempadan itu dibuka pada jam 1.30 petang semalam. Tiada tarikh ditetapkan bagi penutupannya. 

Sempadan Rafah adalah laluan tunggal yang tidak termasuk dalam kawasan Israel. Mesir menutupnya hampir setiap masa, dan hanya membukanya bagi kes kemanusiaan dua kali seminggu. 

Satu perjanjian dipersetujui pada 2005 memberi kuasa sempadan Gaza kepada Pihak Berkuasa Palestin dan Israel, dengan negara Kesatuan Eropah sebagai pemerhati. 

Mesir dikecam kerana menutup kawasan sempadan Rafah dan membina tembok bawah tanah dalam usaha menghalang penyeludupan. 
Israel mengenakan sekatan terhadap Gaza pada 2007 selepas Hamas merampas wilayah berkenaan daripada Fatah yang disokong negara Barat. 

Kebanyakan terowong bawah tanah digunakan untuk membawa masuk ke Gaza barangan keperluan seperti makanan, peralatan rumah, bahan binaan dan haiwan ternakan, tetapi Hamas dan kumpulan bersenjata lain menggunakan terowong rahsia mereka sendiri untuk membawa masuk senjata dan wang. – AFP 


Sumber: Berita Harian

Related Posts with Thumbnails