Isbaal (Melabuhkan Pakaian/Seluar)



Isbal membawa erti melabuhkan pakaian hingga menutupi mata kaki dan hal ini terlarang secara tegas baik kerana sombong ataupun tidak. Larangan isbal bagi lelaki telah dijelaskan dalam hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam yang sangat banyak, maka sebaiknya bagi seorang muslim yang telah redha Islam sebagai agamanya untuk menjauhi hal ini. Namun ada sebahagian kalangan yang dianggap berilmu, menolak (larangan) isbal dengan alasan yang lemah seperti klaim mereka kalau tidak sombong maka dibolehkan? Untuk lebih jelasnya, berikut kami paparkan perkara yang sebenarnya tentang isbal agar menjadi pelita bagi orang-orang yang mencari kebenaran. Amin. Wallahul Musta'an.


[A]. DEFINISI ISBAL
Isbal secara bahasa adalah masdar dari “asbala”, “yusbilu-isbaalan”, yang bermakna “irkhaa-an”, yang ertinya: menurunkan, melabuhkan atau memanjangkan. Sedangkan menurut istilah, sebagaimana diungkapkan oleh Imam Ibnul 'Arabi rahimahullah dan selainnya adalah: memanjangkan, melabuhkan dan menjulurkan pakaian hingga menutupi mata kaki dan menyentuh tanah, baik kerana sombong ataupun tidak. [Lihat Lisanul 'Arab, Ibnul Munzhir 11/321, Nihayah Fi Gharibil Hadis, Ibnul Atsir 2/339]


Salam Lebaran + Tips Photoshooting di Hari Raya



Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca Blog KameraHidup dan peminat Fotogu.Com :D

Di sini saya selaku admin, ingin menyusun 10 jari mahupun kaki ingin memohon maaf sekiranya ada tersalah kata, tersilap sebut, terlanjur perbuatan atau  terlebih makan..

Ingatlah keluarga tersayang dan gunakanlah peluang hari raya ini utk bermaaf-maafan dengan ibu bapa, adik beradik, sanak saudara dan juga jiran sebelah kot-kot ada yang pernah curi buah mangga jiran dulu.

Akhir kata, sedikit tips yang ingin buat photoshooting / sesi bergambar beramai2 dgn keluarga utk raya ni walaupun anda mnggunakan kamera biasa:

1. Cari kawasan yang ada natural light seperti di luar rumah atau ruang tamu yg ada byk sumber cahaya dari tingkap, jadi anda tak perlu susah2 utk menggunakan flashlight bagi menerangkan muka-muka ceria di hari raya.. gambar juga InsyaAllah tidak akan 'blur' skiranya cahaya mencukupi.. :D

2. Cari kawasan yang lapang sedikit dan mudah untuk anda undur ke belakang.. bagi kamera yg tiada feature 'wide lens',mgkin anda akan alami kesukaran bila ramai orang perlu dimuatkan dalam satu frame.. jadi pilih kawasan yg strategik seblum mnyusun ahli keluarga ok? :)

3. Akhir sekali, jangan lupa mintak ahli2 keluarga untuk bersedia dan senyum ^_^ sebelum gambar di ambil.. kita x mahu bila tgk dlm komputer, ada yg sdg kelip mata, ada yg sedng betulkan songkok, ada yg sedang butang baju.. mintak semua bersedia.. dan SENYUM SEMUA!! Snap~ ^_^

Moga Bermanfaat..~
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir Dan Batin dari KameraHidup & Fotogu.Com..Gu!

Facebook: Manfaat vs Mudarat


Ustaz Zaharuddin dari www.zaharuddin.net  memang seorang Ustaz yang mahir IT. Beliau juga tidak cepat melatah menangani sesuatu isu hangat kita di zaman IT ni. Dulu beliau memberikan hukum kepada Forex, pelaburan internet, MLM dan persoalan terkini yang dahulunya belum ada. Isuhangat memang sentiasa menyokong Ustaz begini kalau isu-isu khilaf fesyen baru ni kalau ditanya kepada Ulama kemungkinan jawapannya kurang tepat. Biasanya Ustaz Zaharudin menyelami dahulu sesuatu program sebelum memberikan ulasan atau hukum berdasarkan syariah siap dengan berlandaskan dalil nya.

Isu hangat terkini di 2010 ini ialah laman sosial Facebook yang meletup-letup di kalangan warga Malaysia tanpa mengira umur, bangsa dan agama. Banyak isu hangat muncul dari Facebook ini sehingga terpampang di dada akhbar, Berita TV, blog malah kes laporan polis berkenaan isu yang ditimbulkan oleh Facebook boleh dikatakan berlaku setiap bulan. Namapun program buatan Yahudi kalau tak bikin kecoh bukan Facebook namanya. Ustaz Zaharudin dulu pernah mengatakan harus menggunakan Facebook kerana dengan bertujuan berdakwah. Kini selepas 4 bulan beliau melayan FB , beliau membuat sedikit ulasan berkaitan FB antara-antara benda-benda yang perlu di tegah di FB ni. ikutilah ulasan lanjut dari beliau. Facebooker perlu baca ni dan harus ditelan walaupun pahit dan dapat berubah ke jalan kebaikan.

Ulasan Ustaz Zaharuddin.net berkenaan Facebook...

Related Posts with Thumbnails