Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca Blog KameraHidup dan peminat Fotogu.Com :D

Di sini saya selaku admin, ingin menyusun 10 jari mahupun kaki ingin memohon maaf sekiranya ada tersalah kata, tersilap sebut, terlanjur perbuatan atau  terlebih makan..

Ingatlah keluarga tersayang dan gunakanlah peluang hari raya ini utk bermaaf-maafan dengan ibu bapa, adik beradik, sanak saudara dan juga jiran sebelah kot-kot ada yang pernah curi buah mangga jiran dulu.

Akhir kata, sedikit tips yang ingin buat photoshooting / sesi bergambar beramai2 dgn keluarga utk raya ni walaupun anda mnggunakan kamera biasa:

1. Cari kawasan yang ada natural light seperti di luar rumah atau ruang tamu yg ada byk sumber cahaya dari tingkap, jadi anda tak perlu susah2 utk menggunakan flashlight bagi menerangkan muka-muka ceria di hari raya.. gambar juga InsyaAllah tidak akan 'blur' skiranya cahaya mencukupi.. :D

2. Cari kawasan yang lapang sedikit dan mudah untuk anda undur ke belakang.. bagi kamera yg tiada feature 'wide lens',mgkin anda akan alami kesukaran bila ramai orang perlu dimuatkan dalam satu frame.. jadi pilih kawasan yg strategik seblum mnyusun ahli keluarga ok? :)

3. Akhir sekali, jangan lupa mintak ahli2 keluarga untuk bersedia dan senyum ^_^ sebelum gambar di ambil.. kita x mahu bila tgk dlm komputer, ada yg sdg kelip mata, ada yg sedng betulkan songkok, ada yg sedang butang baju.. mintak semua bersedia.. dan SENYUM SEMUA!! Snap~ ^_^

Moga Bermanfaat..~
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir Dan Batin dari KameraHidup & Fotogu.Com..Gu!