Haa..tadi masa balik dari kelas Structural Dynamic yang walaupun aku xberapa faham sangat but I really much enjoy sitting in his class, Dr Shahir Liew. Then singgah la kejap dekat kopetro, Amir(roomate) cari apa ntah..biskut~ Sementara tunggu die dgn urusan 'besar' itu, aku ambil masa baca surat khabar Utusan.. I was shocked..macam2 jenis orang kat dunia ni bile nk selamatkan diri sendiri..haiyo~
Tajuk kat atas bukannya rakan menembak di papan..tapi rakan menembak di kaki rakan sendiri...adoi..


The story begins..

"Perompak tembak mati rakan sendiri ketika lepaskan diri"

KUALA LUMPUR 5 April - Memang dasar penjenayah. Seorang perompak tergamak menembak mati rakannya sendiri yang cedera untuk melepaskan diri ketika mereka melarikan lapan dulang barang kemas dari sebuah kedai emas.

Aksi ganas yang biasanya hanya ditonton dalam drama atau filem itu berlaku pukul 2.40 petang di Plaza OUG, Jalan Klang Lama di sini hari ini.

Ketika itu, dua penjenayah yang bersenjatakan sepucuk pistol sedang meloloskan diri setelah mengaut barangan kemas, dianggarkan bernilai setengah juta ringgit dari premis berkenaan.

Tindakan pantas pengawal keselamatan di kedai emas itu melepaskan tembakan mengenai perut salah seorang penjenayah terbabit.

Kedua-dua penjenayah cuba melarikan diri menerusi pintu sebuah restoran makanan segera bersebelahan namun penjenayah yang cedera tiba-tiba rebah.
Melihatkan keadaan rakan sejenayahnya itu, suspek bertindak kejam melepaskan dua das tembakan ke perut rakannya sebelum melarikan diri.

Akibatnya penjenayah yang berusia 34 tahun itu maut di muncung senjata rakannya sendiri.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, pihaknya berjaya mengenal pasti wajah suspek menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh daripada restoran makanan segera itu.
Terdahulu, katanya, kedua-dua penjenayah dilihat memasuki Plaza OUG menerusi pintu restoran makanan segera yang sama, lalu terus ke kedai emas itu dan menahan pengawal keselamatan serta merampas pump-gun miliknya.
"Suspek seterusnya mengarahkan keempat-empat pekerja kedai emas memasukkan barang kemas ke dalam beg.
"Mereka bagaimanapun tidak menyedari terdapat seorang lagi pengawal di dalam bilik cermin keselamatan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian petang ini.

Ketika hendak melarikan diri, tambahnya, pengawal keselamatan itu melepaskan satu das tembakan tepat mengenai perut si mati. "Seorang saksi memberitahu polis suspek melarikan diri dengan sebuah motosikal, namun tidak sempat melihat nombor plat pendaftarannya. "Suspek ialah seorang penjenayah yang begitu kejam dan berbahaya. Bayangkan dia sanggup membunuh rakannya sendiri, jadi polis harus memburunya secepat mungkin dan mengheretnya ke muka pengadilan," katanya.

Menurut Muhammad Sabtu, semakan polis ke atas identiti si mati mendapati dia mempunyai dua rekod jenayah melibatkan kes samun dan dadah.Sementara itu, menurut seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Hong, 56, dia terkejut apabila terdengar satu bunyi tembakan dari premis berhampiran."Ia kemudian disusuli dengan dua lagi bunyi dentuman kuat yang sama dan keadaan menjadi kecoh dengan orang ramai lari tergesa-gesa keluar dari restoran makanan segera itu sambil menjerit-jerit," katanya yang menjual komik.

Seorang lagi saksi, pengunjung lelaki berusia 50-an pula memberitahu ketika melalui hadapan kedai emas itu, dia hairan kenapa semua pekerjanya mengangkat tangan.
"Menyedari kelibat salah seorang penjenayah memegang sepucuk pistol, saya bergegas mencari perlindungan kerana takut sekiranya berlaku tembakan rambang," jelasnya.

Sumber: Utusan

KameraHidup's comment: Walaupun mencuri tu buruk perangai dan perbuatan yang dikeji dalam agama Islam mahupun agama siapa2.. tp bagi aku ade terselit satu cerita moral yang sepatutnya kita ambil iktibar dari kes ni.. JANGAN TIKAM BELAKANG SAHABAT/RAKAN/KAWAN! Bantulah dia selagi mampu (jangan bantu merompak) dan kita sepatutnya jujur dalam persahabatan.. tak kan kite bersama dia tatkala senang je..waktu susah letak kat blakang then pijak-pijak? This is surely is not a type of friend we are looking for..betul x?Fikir-fikirkan..