Kisah ini berlaku sebelum rasulullah wafat iaitu Perang Hunain...Perang yang pertama setelah 19 hari pembukaan kota Mekah (reference: Raheeq Makhtum)..Dalam perang ini, kaum muslim telah diserang hendap...dan sebahagian besar tentera lari ke belakang..hanya 100 tentara yg tidak lari ke belakang dan tetap menentang musuh bersama rasulullah... teguhnya mrk hanya Allah yg teguhkan. setelah dipanggil kembali, bertambahlah bilangan muslim yg kembali menentang semula.
Akhirnya tentera muslim menang mengatasi Puak Hawazin. dan mendapat harta ghanimah yg saaangatt banyak...maka setelah itu..apa yg terjadi? ya....pembahagian harta2 tersebut....dan tahu apa yg berlaku?? . Rasulullah telah memberi semua harta rampasan itu kpd golongan Mekah tanpa beri pada golongan Ansar...sampai mengakibatkan golongan Ansar kecik hati...
yelah...rasul utamakan kaum dia...yelah..rasul dah dapat balik keluarga dia..yelah..rasul dah tak ingat kat kite... yelah...dadadaa...(camtuler agaknya kalau nak bayangkan).
Rasul pun dpt tahu ttg peristiwa 'Ansar yg kecik hati ni..' dan rasul pun berjumpa dgn semua golongan Ansar...

***
Pidato ini terjadi disebabkan nabi mendengar kata-kata kaum Ansar yang tidak berpuas hati dengan cara nabi membahagikan harta ghanimah disebabkan kaum Ansar tidak mendapat satu bahagian pun daripada harta-harta ghanimah tersebut. Bahkan pembesar-pembesar quraisy yang belum Islam mendapat banyak.
“Mudah-mudahan Allah mengampuni Rasul Nya kerana baginda telah memberi kepada orang-orang quraisy dengan meninggalkan kita. Padahal pedang-pedang kitalah yang berlumuran dengan darah mereka(tentera Hawazin)” Ujar salah seorang pemuda Ansar yang menyertai peperangan Hunain. Memang betul, dalam perang Hunain, kaum Ansar adalah jumlah majoriti tetapi mereka tidak diberi walau sedikit habuan oleh nabi. Tambah pemuda itu lagi, “bila berlaku krisis, kita yang dipanggil.Tetapi harta rampasan perang diberikan kepada orang lain.”
Disebabkan Allah dan Rasul tahu apa yang berlaku, maka selaku Rasul, nabi pun berjumpa dengan orang-orang Ansar dan berkata, “Dengan nama Allah, aku memberi pembahagian kepada beberapa orang dan mengetepikan beberapa orang yang lain. Sesungguhnya aku mencintai mereka yang tidak aku berikan pemberian. Aku telah memberi pemberian kepada beberapa orang adalah disebabkan oleh ketidak tenangan dan kekhuatiran yang dapat aku lihat dalam hati-hati mereka. Dan aku mengutamakan mereka yang dikurniakan kepuasan hati oleh Allah dalam hati-hati mereka.”
Nabi tahu ucapan sebegitu masih tidak memuaskan hati kaum Ansar,jadi nabi menganjurkan satu pertemuan sulit dengan kaum ansar dalam sebuah khemah. Lalu Saad Bin Ubadah mengumpulkan semua orang-orang Ansar di dalam sebuah khemah dan dia pun menjemput nabi, nabi bertanya apakah masih ada orang selain orang-orang Ansar dan mereka menjawab, “cuma ada seorang anak saudara perempuan kami sahaja.” Nabi membiarkan perempuan itu disebabkan dia juga orang Ansar. Nabi bertanya demikian supaya tiada orang lain mendengar pidatonya kecuali orang Ansar semata-mata.
Nabi bertanya, “Apakah bisik-bisik yang telah sampai ke telingaku wahai kaum Ansar?
Mereka menjawab, “Wahai Rasulullah! Ketua-ketua kami tidak berkata apa-apa, hanya para pemuda kami sahaja yang ada berkata demikian.”
Rasulullah bertanya lagi, “Wahai kaum Ansar! Apakah bisik-bisik yang telah sampai kepadaku adalah perasaan yang kamu rasakan dalam diri kamu terhadapku?”
Mereka menjawab, “Wahai Rasulullah! Adapun ketua-ketua kami tidak berkata apa-apa, hanya orang-orang muda kami yang mengucapkan sedemikian: Semoga Allah mengampuni Rasul Nya, baginda memberi kaum Quraisy dan meninggalkan kita padahal pedang-pedang kitalah yang menitiskan darah-darah mereka(tentera Hawazin).”
Kemudian nabi memulakan pidatonya.
“Wahai kaum Ansar! Bukankah aku dapati dahulunya kamu berada dalam kesesatan, lalu Allah memberi petunjuk kepada kamu? Bukankah kamu dahulunya berada dalam kemiskinan, lalu Allah mengkayakan kamu? Bukankah kamu dahulunya saling bermusuhan, lalu Allah mendamai dan menyatukan kamu?”
Orang Ansar menyahut, “Betul wahai Rasulullah! Allah dan Rasul Nya sangat berbudi dan telah memberi banyak kurnian kepada kami.”
Kemudian nabi bertanya lagi, “Tidakkah kamu menjawab pertanyaanku ini wahai kaum Ansar?”
Mereka menjawab, “Dengan apakah kami akan menjawab pertanyaan tuan, Wahai Rasulullah. Bagi Allah dan Rasul Nya segala kebaikan-kebaikan dan keutamaan.”
Rasulullah menyambung pidatonya, “Wahai kaum Ansar! Demi Allah! Sekiranya kamu mahu kamu boleh menjawab kepadaku dan jawapan kamu itu benar dan dibenarkan; Engkau datang kepada kami dalam keadaan engkau didustakan,lalu kami membenarkan engkau,engkau datang kepada kami dalam keadaan engkau disia-siakan,lalu kami menolong engkau,engkau datang kepada kami dalam keadaan engkau diusir,lalu kami memberi tempat kepada engkau,engkau datang kepada kami dalam keadaan engkau melarat,lalu kami membantu engkau,engkau datang kepada kami dalam keadaan engkau takut,lalu kami mengamankan mu.” Maksudnya pd dialog ini, rasul tahu apa yg Ansar rasakan dlm hatinya, tp kaum Ansar tidak menyatakannya depan rasulullah.
Lalu raut wajah orang-orang Ansar berubah mejadi merah disebabkan terharu dengan kata-kata nabi yang begitu halus sehingga menusuk qalbu. Selaput kaca di mata-mata orang Ansar mulai pecah dan pipi mereka mula dibasahi dengan mutiara-mutiara jernih sehingga membasahi janggut-janggut mereka yang tebal. Kesunyian khemah mulai pecah apabila bunyi suara sedu-sedu mulai kedengaran.
Kemudian nabi menyambung kata-katanya, “Wahai orang-orang Ansar! Apakah masih ada di dalam hati-hati kamu cinta kepada harta benda dunia? Yang saya gunakan untuk mengikat hati-hati satu kaum agar mereka menganut agama Islam? Apakah masih belum cukup kepada kamu Islam kamu itu? Tidakkah kamu merasa puas wahai orang-orang Ansar,setelah mereka pulang dengan membawa kambing-kambing dan unta-unta sedangkan kamu membawa pulang Rasulullah ke kampung halaman mu? Demi Allah yang memegang jiwa Muhammad di dalam genggaman Nya! Sekiranya kerana tidak kerana hijrah, nescaya aku adalah salah seorang daripada orang Ansar. Sekiranya manusia mengikut satu jalan dan orang Ansar mengikut jalan di suatu lembah, aku akan mengikut jalan di lembah atau di tepi gunung yang dilalui oleh orang Ansar.”
“Kami puas dan kami rela !”Jawab orang Ansar.
Kepada pembaca sekalian, Adakah hati kita masih lagi terikat dengan janji-janji dunia sehingga kita sanggup mengabaikan janji Allah di akhirat kelak yang lebih luas ganjarannya?Tanya-tanyalah pada diri...
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN FASA TERAKHIR~
“Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun” [Bukhari-Muslim]