Baru pagi sahaja pagi tadi, ketika hendak bersarapan,saya telah dihubungi oleh seorang sahabat lamanya bertanyakan tentang lensa yang bagus untuk kamera beliau. Kami berborak panjang tentang sahabat-sahabat lama dan khususnya perbincangan tentang lensa yang bagus untuk beliau buat coverage dan shooting. Akhirnya saya menyingkatkan perbualan dengan mengungkapkan,
You get what you pay for :)
dalam bahasa mudahnya untuk rakyat Malaysia, “ Anda dapat apa yang anda bayar ”.  Kita mudah-mudah sahaja boleh mencari lensa yang murah samada yang terpakai atau baru. Namun, adakah kita akan berpuas hati dengan prestasi dengan lensa tersebut di kemudian hari? Soalan ini saya ajukan pada beliau dan pembaca sekalian supaya kita berfikir jauh sebelum membuat investment (pelaburan) dalam fotografi. Ini bukan soal siapa punya badan kamera DSLR paling besar.. dan juga bukan soal siapa punya paling banyak lensa atau aksesori yang besar-besar.. Ini soal ‘lelaki di belakang kamera tersebut’~ (man behind the camera).


Minda DSLR aku lah yang paling ‘power’ dan aku punya lensa ‘paling besar’ itu harus dikikis oleh semua pencinta fotografi sekiranya kita mahu berjaya dalam bidang fotografi. Saya benar-benar tersentuh apabila seorang tokoh Jurugambar Perkahwinan (Wedding Photographer), Saiful Nang pernah menceritakan bagaimana naik turun hidup beliau. Beliau bukan orang senang pada awalnya, ibu bapa beliau hanya penoreh getah. Namun kegigihan beliau dalam fotografi dengan berbekalkan hanya unit kamera asas membuahkan hasil apabila hasil tangan beliau diiktiraf bukan sekadar di Malaysia bahkan di luar negara seperti UK, Brunei, dan banyak lagi. Menabjubkan, beliau menjadi JUTAWAN dan mampu memandu kereta BMW dengan titik peluh beliau sendiri dengan hanya FOTOGRAFI!


Ayah dan emak saya  bukan orang terpelajar dan mereka pun buta huruf. Ayah boleh lah membaca sikit-skit. Tapi apa yang emak nak, kalau boleh anak-anak dia jangan jadi peneroka Felda macam dia. Jadi saya pun terdidik dengan benda tu. Saya dapat arts of survival ni lebih banyak dari ayah saya. Jadi peneroka Felda pada masa itu biasanya baki tunai gaji dalam tangan ada yang sampai serendah RM0.50 (dalam rekod ayah saya lah) setelah ditolak bayaran baja, bayaran tanaman semula, bayaran kantin, bayaran itu ini dan lain-lain lah.Tapi apa yang ayah saya buat, dia melihat dari mana datang baja yang digunakan di ladang sawit? mesti datang dari lori yang menghantarnya ke gudang baja pejabat felda. Kalau ada lori yang datang, mesti ada orang yang menurunkannya…
Baca lagi di Blog Saiful Nang
Walaupun Saiful Nang pernah dicemuh dan ada beberapa kontroversi yang melanda beliau, usahlah kita lihat kepada lauk yang basi kalau ada lauk yang enak untuk diratah. Itulah HIDUP. Tak kiralah anda buat kerja dalam bidang apa pun, yang paling penting anda terus ke hadapan dan maju dengan mengharungi halangan-halangan dengan dada yang terbuka.

Nah~ anda lihatlah sendiri bagaimana adilnya Allah SWT terhadap orang yang gigih berusaha mencari rezeki yang halal. Jadi apa kaitannya dengan tajuk entri kali ni? saya cuba nak membawa pembaca-pembaca sekalian bahawa ANDA MAMPU BERJAYA walaupun dengan fotografi (yang mungkin sesetengah orang lihat ini sebagai kerjaya golongan bawahan). Sidang pembaca boleh lihat ramai contoh-contoh usahawan yang berjaya dan jutawan muda di Malaysia ini walaupun mungkin fizikalnya tampak minyak hitam penuh di muka, peluh membasahi baju kerana tidak kerja di dalam air-cond, mahupun seluar koyak rabak dek terlalu lusuh.

Tapi harus diingat, nilai berjaya sesorang bukan dinilai dari sudut luaran. Mungkin minyak penuh di muka, namun duit berkepuk di dalam poket. Mungkin basahan peluh di baju itu mampu menjana duit yang lebih dari orang yang makan gaji di ofis. Seluar yang koyak itu pula mungkin orang yang sengaja hendak menyembunyikan kekayaan beliau daripada perompak yang kian menjadi kronik hari ini. Mampukah anda nafikan penyataan ini? tak mustahil bukan?


Jadi jelas kejayaan hidup kita ini adalah sejajar dengan usaha yang kita lemparkan,


ANDA DAPAT APA YANG ANDA BERI :)
P/s: Oh yep..lupe.. saya cadangkan kepada kawan lama saya tu supaya dapatkan 50mm dan Speedlight (External flash) terlebih dahulu.. ^_^