Salam pagi rabu.. hari ni alhamdulillah dapat pergi solat subuh di masjid...~
dah dekat 1 minggu rasanya terlalu fokus dan professional pada gerak kerja Akademik..
dan alhamdulillah pagi Allah telah kejutkan aku untuk aku berlaku "professional" pada Dia pulak..

Astaghfirullah..SubhanAllah Wa Alhamdulillah Wa Allahuakbar..

dan hari ni jugak aku sambung kembali pngajian kitab Riyadhus Salihin dengan Ustaz Dawi Chahyono, Imam 1 Masjid An-Nur, UTP.

tajuk hari ni mengenai "Infaq, Sedeqah, dan Bermurah Hati"

antara satu yang aku tertarik ialah ketika dibacakan hadis mengenai sifat pemurah dan penyayang Rasulullah SAW yang sepatutnya menjadi ikutan semua insan di muka bumi ini, nah aku bcakan untuk kalian...

"Apabila diminta sesuatu kepada Rasulullah SAW, baginda tidak pernah mengatakan "Tidak". "
[Sahih Bukhari dan Muslim]

Kemudian ustaz dawi juga ada membacakan hadith

berkenaan 40 amalan yang diterima Allah ta'ala..dan yang paling diterima ialah men'infaq'kan kambing utk diperahkan susunya dan diberi minum kepada orang rmai.. semasa membacakan hadith jugak, ustaz buat kelakar tentang kambing ni..hee~

ustaz mintak seseorang cari apa lagi 39 amalan yang lain..tadi cari2 dlm internet.. then rasa nk berkongsi ng semua .. jom tgk skit..~ :)


40 amalan kecil pembuka pintu syurga



1. Bersedekah Susu
2. Membuang gangguan dari Jalan
3. Memberi Minum Binatang
4. Menjenguk Orang sakit
5. Mengunjungi Saudara sesama muslim yang sakit
6. Bersopan santun kepada orang lain
7. Amar Ma'ruf Nahi Mungkar
8. Berbuat baik kepada orang yang lemah akal
9. Menolong orang yang dizalimi
10. Menahan diri dari menyakiti orang lain
11. Menyebut kebaikan
12. Bersikap mudah dalam membayar dan meminta hutang
13. Memberikan kemudahan dalam berjual beli
14. Memberi peluang kepada orang lain
15. Menjelaskan hutang
16. Menutup aib seorang mukmin
17. Bertakziyah kepada sesama Muslim
18. Mengajarkan beberapa ilmu (yang berguna) kepada orang lain
19. Membuang kotoran dan halangan dari masjid
20. Memasukkan kegembiraan dalam hati seorang mukmin
21. Memulai ucapan salam
22. Menjawab salam (Wajib kifayah)
23. Berjabat tangan
24. Mencurahkan nasihat
25. Berterima kasih kepada orang lain
26. Memberikan maaf kepada yang bersalah
27. Mendoakan saudara sesama muslim
28. Mendamaikan dua pihak yang bersengketa
29. Mengiringi Jenazah
30. Menghadiri Undangan
31. Mendoakan orang yang bersin
32. Senyum di depan seorang muslim
33. Menunjukkan arah kepada orang yang tersesat di jalan
34. Membantu seorang mempunyai masalah mata dan yang buruk penglihatan
35. Bersedekah air
36. Bersedekah dengan seutas tali
37. Bersedekah dengan kasut / selipar
38. Menghibur orang yang kesepian dan terasing
39. Memberikan tumpangan kepada yang memerlukannya
40. Menjadi juru bicara bagi yang tidak mampu berbicara



Semoga Bermanfaat~