Published by
SyaBaBul HaNiFah
Judi itu halal...kah?
maisir itu terang2 haram..jadi adakah judi itu halal?
apa beza judi dan Maisir??
Sebenarnya Maisir itu dalam bahasa Arab yang membawa makna JUDI dalam bahasa Melayu....
Hari ni KameraHidup telah melayari internet dan telah ternampak sesuatu...
Astaghfirullah~
budak kecil umur 5 tahun pun tahu judi tu haram..
tak kan disebabkan terlalu takut kepda judi di belakang tabir, kita mengiyakan dan menghalalkan judi di depan khalayak ramai supaya judi dapat dikawal..
mari kita ambil contoh: babi itu haram dimakan..adakah dengan menghalalkan babi untuk dimakan, kita dapat mngawal jumlah babi yang dimakan..??
bukankah bilangan tempahan dan ternakan babi juga akan meningkat seiring dengan permintaan dari masyarakat??
dalam Quran Allah telah terang2 berfirman,
"Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya." Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir." [Al-Baqarah : 219]
dan disokong lagi oleh Ayat lain di dalam al-Quran yakni,
"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan." [Al-Maidah : 90]
ditambah lagi dengan sabda Rasulullah SAW nabi junjungan mana2 umat islam termasuklah pemimpin kita itu,
Sabda Rasulullah SAW: "Ikatan Islam akan terlepas satu persatu. Dan setiap kali terlepas satu ikatan, maka manusia akan bergantung dengan ikatan berikutnya. Yang pertama akan terlepas ialah hukum-hukum Allah dan yang terakhir adalah solat". [Hadis riwayat Imam Ahmad, Ibnu Hibban dan Hakim]
Bahkan jika direnung kembali, majoriti penduduk malaysia adalah umat Islam dan dipimpin oleh pemimpin yang mengaku terang2an beliau adalah orang Islam.. maka adalah hal ini sepatutnya dikira sebagai hal-hal yang meremehkan agama Islam itu sendiri...
Jadi. muhasabahlah buat insan2 yang membaca entri pada kali ini..
letakkan ideologi politik di tepi dahulu.. ini bukan sekadar isu politik,
ini SOAL AKIDAH ISLAM!
hidup kita di dunia 50-60 tahun sahaja..
kehidupan dan azab Allah 'Azza wa jalla di akhirat lebih lama dan menggerunkan..
cukuplah! kembalilah pada ISLAM...
seruan untuk semua dan diri sendiri....
Jumaat, Jun 04, 2010 11:37:00 PG
Tkejut dgr berite yg psl Malaysia halalkn judi untuk World Cup nnt.
Dah la di sokong penuh oleh UMNO
haishhhh
Negera Islam Bile Dipandu Melayu Melayu bkn Melayu Islam.
Jumaat, Jun 04, 2010 12:05:00 PTG
yup..itulah yang terjadi bile kefahaman agama diabaikan..
hnya nampak duit di depan mata..
suruhan Allah ditinggalkan..
larangan Allah diteruskan..
banyakkan berdoa dan tanamkan dalam hati kita akan terus berjuang mempertahankan islam..
lihatlah palestin..semakin hari semakin ditindas.. mngapa kita di sini yg aman damai sangat susah untuk membantu mereka di sana..
ini smua hasil kerja yahudi dan sekularisme...