Isbal membawa erti melabuhkan pakaian hingga menutupi mata kaki dan hal ini terlarang secara tegas baik kerana sombong ataupun tidak. Larangan isbal bagi lelaki telah dijelaskan dalam hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam yang sangat banyak, maka sebaiknya bagi seorang muslim yang telah redha Islam sebagai agamanya untuk menjauhi hal ini. Namun ada sebahagian kalangan yang dianggap berilmu, menolak (larangan) isbal dengan alasan yang lemah seperti klaim mereka kalau tidak sombong maka dibolehkan? Untuk lebih jelasnya, berikut kami paparkan perkara yang sebenarnya tentang isbal agar menjadi pelita bagi orang-orang yang mencari kebenaran. Amin. Wallahul Musta'an.


[A]. DEFINISI ISBAL
Isbal secara bahasa adalah masdar dari “asbala”, “yusbilu-isbaalan”, yang bermakna “irkhaa-an”, yang ertinya: menurunkan, melabuhkan atau memanjangkan. Sedangkan menurut istilah, sebagaimana diungkapkan oleh Imam Ibnul 'Arabi rahimahullah dan selainnya adalah: memanjangkan, melabuhkan dan menjulurkan pakaian hingga menutupi mata kaki dan menyentuh tanah, baik kerana sombong ataupun tidak. [Lihat Lisanul 'Arab, Ibnul Munzhir 11/321, Nihayah Fi Gharibil Hadis, Ibnul Atsir 2/339]


[B]. BATAS PAKAIAN MUSLIM
Salah satu kewajiban seorang muslim adalah meneladani Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam segala perkara, termasuk dalam masalah pakaian. Rasulullah telah memberikan batas-batas syar’i terhadap pakaian seorang muslim, perhatikan hadis-hadis berikut:

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

“Keadaan sarung seorang muslim hingga setengah betis, tidaklah berdosa bila memanjangkannya antara setengah betis hingga di atas mata kaki. Dan apa yang turun dibawah mata kaki maka bahagiannya di neraka. Barangsiapa yang menarik pakaiannya kerana sombong, maka Allah tidak akan melihatnya” [Hadis Riwayat Abu Daud 4093, Ibnu Majah 3573, Ahmad 3/5, Malik 12. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Al-Misykah 4331]

Berkata Syaraful Haq Azhim Abadi rahimahullah: “Hadis ini menunjukkan bahawa yang sunnah, hendaklah sarung seorang muslim hingga setengah betis dan dibolehkan turun dari itu hingga di atas mata kaki. Apa saja yang dibawah mata kaki maka hal itu terlarang dan haram.[ Aunul Ma’bud 11/103]

Dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata.

“Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam memegang otot betisku lalu bersabda: “Ini merupakan batas bawah kain sarung. Jika engkau enggan maka boleh lebih bawah lagi. Jika engkau masih enggan juga, maka ketahuilah bahawa kain tidak boleh menutup kedua mata kaki”” [Hadis Riwayat. Tirmidzi 1783, Ibnu Majah 3572, Ahmad 5/382, Ibnu Hibban 1447. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah 1765]

Hadis-hadis di atas mengisyaratkan bahawa panjang pakaian seorang muslim tidaklah melebihi kedua mata kaki dan yang paling utama hingga setengah betis, sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam hadisnya yang banyak.

Dari Abi Juhaifah Radhiyallahu ‘anhu berkata:

“Aku melihat Nabi keluar dengan memakai Hullah Hamra' seakan-akan saya melihat kedua betisnya yang sangat putih” [Tirmidzi dalam Sunannya 197, dalam Syamail Muhammadiyah 52, dan Ahmad 4/308]

'Ubaid bin Khalid Radhiyallahu ‘anhu berkata: “Tatkala aku sedang berjalan di kota Madinah, tiba-tiba ada seorang di belakangku sambil berkata: "Tinggikan sarungmu! Sesungguhnya hal itu lebih mendekatkan kepada ketakwaan." Ternyata dia adalah Rasulullah. Aku pun bertanya kepadanya, "Wahai Rasulullah, ini Burdah Malhaa (pakaian yang mahal). Rasulullah menjawab: "TIDAKKAH PADA DIRIKU TERDAPAT TELADAN?" Maka aku melihat sarungnya hingga setengah betis”.[Hadis Riwayat Tirmidzi dalam Syamail 97, Ahmad 5/364. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Mukhtashar Syamail Muhammadiyah, hal. 69].

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah pernah ditanya tentang seseorang yang memanjangkan celananya hingga melebihi mata kaki. Beliau menjawab: “Panjangnya gamis, celana dan seluruh pakaian hendaklah tidak melebihi kedua mata kaki, sebagaimana telah tetap dari hadis-hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam” [Majmu' Fatawa 22/14]

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata : “ Walhasil, ada dua keadaan bagi lelaki; dianjurkan iaitu menurunkan sarung hingga setengah betis, boleh iaitu hingga di atas kedua mata kaki. Demikian pula bagi wanita ada dua keadaan; dianjurkan iaitu menurunkan di bawah mata kaki hingga sejengkal dan dibolehkan hingga sehasta” [Fathul Bari 10/320]

[C]. DALIL-DALIL HARAMNYA ISBAL
Pertama.
“Dari Abu Dzar bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Ada tiga golongan yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat dan bagi mereka azab yang pedih. Rasulullah menyebutkan tiga golongan tersebut berulang-ulang sebanyak tiga kali, Abu Dzar berkata: "Merugilah mereka! Siapakah mereka wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Orang yang suka memanjangkan pakaiannya, yang suka mengungkit-ungkit pemberian dan orang yang melariskan dagangannya dengan sumpah palsu." [Hadis Riwayat Muslim 106, Abu Daud 4087, Nasa'i 4455, Darimi 2608. Lihat Irwa': 900]

Kedua.
“Dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu ‘anhuma bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Barangsiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana sombong, maka Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat." [Hadis Riwayat Bukhari 5783, Muslim 2085]

Ketiga.
“Dari Abu Hurairah bahawasanya Nabi bersabda : "Apa saja yang di bawah kedua mata kaki di dalam neraka." [Hadis Riwayat Bukhari 5797, Ibnu Majah 3573, Ahmad 2/96]

Keempat.
“Dari Mughiroh bin Syu'bah Radhiyallahu ‘anhu, adalah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Wahai Sufyan bin Sahl! Janganlah kamu isbal, sesungguhnya Allah tidak menyenangi orang-orang yang isbal." [Hadis Riwayat. Ibnu Majah 3574, Ahmad 4/26, Thabrani dalam Al-Kabir 7909. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah: 2862]

Kelima.
“Waspadalah kalian dari isbal pakaian kerana hal itu termasuk kesombongan dan Allah tidak menyukai kesombongan” [Hadis Riwayat Abu Daud 4084, Ahmad 4/65. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah: 770]

Keenam.
Dari Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhu berkata: "Saya lewat di hadapan Rasulullah sedangkan sarungku terurai kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menegurku sambil berkata: "Wahai Abdullah, tinggikan sarungmu!" Aku pun meninggikannya. Beliau bersabda lagi: "Tinggikan lagi!" Aku pun meninggikannya lagi, maka semenjak itu aku senantiasa menjaga sarungku pada batas itu. Ada beberapa orang bertanya: "Seberapa tingginya?" "Sampai setengah betis."[Hadis Riwayat Muslim 2086. Ahmad 2/33]

Berkata Syakh Al-Albani rahimahullah: “Hadis ini sangat jelas sekali bahawa kewajiban seorang muslim hendaklah tidak menjulurkan pakaiannya hingga melebihi kedua mata kaki. Bahkan hendaklah dia meninggikannya hingga batas mata kaki walaupun dia tidak bertujuan sombong dan di dalam hadis ini terdapat bantahan kepada orang-orang yang isbal dengan sangkaan bahawa mereka tidak melakukannya kerana sombong! Tidakkah mereka meninggalkan hal ini demi mencontohkan perintah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam terhadap Ibnu Umar?? Ataukah mereka merasa hatinya lebih suci dari Ibnu Umar?” [Ash-Shahihah: 4/95]

Berkata Syaikh Bakr Abu Zaid: “Dan hadis-hadis tentang larangan isbal mencapai darjat mutawatir makna, tercantum dalam kitab-kitab shahih, sunan-sunan, ataupun musnad-musnad, diriwayatkan dari banyak sekali oleh sekelompok para sahabat”. Beliau lantas menyebutkan nama-nama sahabat tersebut hingga dua puluh dua orang. Lanjutnya: “ Seluruh hadis tersebut menunjukkan larangan yang sangat tegas, larangan pengharaman, kerana di dalamnya terdapat ancaman yang sangat keras. Dan telah diketahui bersama bahawa sesuatu yang terdapat ancaman atau kemurkaan, maka diharamkan dan termasuk dosa besar, tidak dihapus dan diangkat hukumnya. Bahkan termasuk hukum-hukum syar'i yang kekal pengharamannya."[Hadd Tsaub Wal Uzrah Wa Tahrim Isbal Wa Libas Syuhrah, hal. 19]

[D]. KESAN NEGATIF ISBAL
(Mengenai) Isbal keharamannya telah jelas, bahkan di dalam isbal terdapat beberapa kemungkaran yang tidak boleh dianggap remeh. Ini adalah antara sebabnya:

[1]. Menyelisihi Sunnah
Menyelesihi sunnah termasuk perkara yang tidak boleh dianggap enteng dan ringan kerana kewajiban setiap muslim untuk mengamalkan setiap sendi agama dalam segala perkara baik datangnya dari Al-Qur’an atau Sunnah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.
“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul, takut akan di timpa cubaan (fitnah) atau ditimpa azab yang pedih” [An-Nur : 63]

[2]. Mendapat Ancaman Neraka
Berdasarkan hadis yang sangat banyak berisi ancaman neraka bagi yang melabuhkan pakaiannya baik kerana sombong ataupun tidak.

[3]. Termasuk Kesombongan
Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah: “Kesimpulannya isbal melazimkan menarik pakaian dan menarik pakaian melazimkan kesombongan walaupun pelakunya tidak bermaksud sombong” (Fathul Bari 10/325). Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Waspadalah kalian dari isbal pakaian kerana hal itu termasuk kesombongan dan Allah tidak menyukai kesombongan” [Hadis Riwayat Abu Daud 4084, Ahmad 4/65, dishahihkan oleh Al-Albany dalam As-Shahihah 770]

Berkata Ibnul Arabi rahimahullah: “Tidak boleh bagi lelaki untuk memanjangkan pakaiannya melebihi kedua mata kaki, walapun dia mengatakan: “Aku tidak menariknya kerana sombong” kerana larangan hadis secara lafaz mencakup pula bagi yang tidak sombong, maka tidak boleh bagi yang telah tercakup dalam larangan, kemudian berkata : “Aku tidak mahu melaksanakannya kerana sebab larangan tersebut tidak ada pada diriku”, ucapan semacam ini merupakan klaim yang tidak boleh diterima, bahkan memanjangkan pakaian itu sendiri menunjukkan kesombongan” [Fathul Bari 10/325]

[4]. Menyerupai Wanita
Isbal bagi wanita disyari’atkan bahkan wajib dan mereka tidak diperkenankan untuk menampakkan anggota tubuh kecuali wajah dan telapak tangan. Orang yang isbal bererti mereka telah menyerupai wanita dalam berpakaian, dan hal itu terlarang secara tegas, berdasarkan hadis.

Dari Ibnu Abbas, dia berkata: “Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki” [Hadis Riwayat Bukhari 5885, Abu Daud 4097, Tirmidzi 2785, Ibnu Majah 1904]

Imam At-Thabari berkata: “Maknanya tidak boleh bagi lelaki menyerupai wanita di dalam berpakaian dan perhiasan yang menjadi kekhususan mereka, demikian pula sebaliknya” [Fathul Bari II/521]

Dari Kharsyah bin Hirr berkata: “Aku melihat Umar bin Khathab, kemudian ada seorang pemuda yang melabuhkan sarungnya lewat di hadapannya. Maka Umar menegurnya sambil berkata: “Apakah kamu orang yang haid?” Pemuda tersebut menjawab: “Wahai amirul mukminin, apakah lelaki itu mengalami haid?” Umar menjawab: “Lantas mengapa engkau melabuhkan sarungmu melewati mata kaki?” kemudian Umar minta diambilkan guting lalu memotong bahagian sarung yang melebihi kedua mata kakinya”. Kharsyah berkata: “Seakan-akan aku melihat benang-benang di ujung sarung itu” [Hadis Riwayat Ibnu Syaibah 8/393 dengan sanad yang shahih, lihat Al-Isbal Lighairil Khuyala, hal. 18]

Akan tetapi laa haula wal quwwata illa billah, zaman sekarang yang katanya moden, cara berpakaian terbalik; lelaki melabuhkan pakaianya menyerupai wanita dan tidak terlihat darinya kecuali wajah dan telapak tangan! Manakala wanita pula membuka pakaiannya hingga terlihat dua betisnya bahkan lebih dari itu. Apa yang lebih sedih lagi adalah terlontarnya cemuhan dan ejekan kepada lelaki yang memendekkan pakaiannya kerana mencontoh Nabi dan para sahabat. Manusia zaman sekarang memang aneh, mereka mencela dan mengejek para wanita yang memanjangkan jilbabnya kerana taat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasulnya, akhirnya kepada Allah kita mengadu” [Al-Isbal Lighairil Khuyala hal. 18]

[5]. Berlebih Lebihan
Tidak ragu lagi syari’at yang mulia ini telah memberikan batas-batas berpakaian, maka barangsiapa yang melebihi batasnya sungguh dia telah belebih-lebihan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.
“Dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan” [Al-A’raf : 31]

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: “Apabila pakaian melebihi batas semestinya, maka larangannya dari segi israf (berlebih-lebihan) yang berakhir pada keharaman” [Fathul Bari II/436]

[6]. Terkena Najis
Orang yang isbal tidak selamat dari najis, bahkan kemungkinan besar najis melekat dan mengenai sarungnya tanpa dia sedari. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Naikkan sarungmu kerana hal itu lebih menunjukkan ketakwaan (dalam lafaz yang lain: lebih suci dan bersih)” [Hadis Riwayat Tirmidzi dalam Syamail 97, Ahmad 5/364, dishahihkan oleh Al-Albani dalam Mukhtashar Syama’il Muhammadiyyah hal. 69]

[F]. SYUBHAT DAN JAWABANNYA
Orang yang membolehkan isbal melontarkan syubhat yang cukup banyak, di antara hujah yang sering digunakan adalah isbal jika tidak sombong dibolehkan. Oleh kerana itu, penulis perlu menjawab dalil-dalil yang biasa mereka gunakan untuk membolehkan isbal jika tidak bermaksud sombong.

Pertama : Hadis Ibnu Umar
Dari Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Barangsiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana sombong, maka Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat!" Abu Bakar bertanya: "Ya Rasulullah, sarungku sering melorot kecuali bila aku menjaganya!" Rasulullah menjawab: "Engkau bukan termasuk orang yang melakukannya kerana sombong."[Hadis Riwayat Bukhari 5784]

Mereka berdalil dengan sabda Rasulullah, "Engkau bukan termasuk orang yang melakukannya kerana sombong.", bahawasanya isbal tidak sombong adalah dibolehkan.

Jawapan:
Berkata Syaikh Al-Albani: “Dan termasuk perkara yang aneh, ada sebahagian orang yang mempunyai pengetahuan tentang Islam, mereka berdalil bolehnya memanjangkan pakaian atas dasar perkatan Abu Bakar ini. Maka aku katakan bahawa hadis di atas sangat jelas bahawa Abu Bakar sebelumnya tidak memanjangkan pakaiannya, sarungnya selalu menurun tanpa kehendak dirinya dengan dia tetap berusaha untuk selalu menjaganya. Maka apakah boleh berdalil dengan perkataan ini sementara perbezaannya sangat jelas bagaikan matahari di waktu siang dengan apa yang terjadi pada diri Abu Bakar dan orang yang selalu memanjangkan pakaiannya? Kita memohon kepada Allah keselamatan dari hawa nafsu. (As-Shahihah 6/401). Kemudian Syaikh berkata di tempat yang lain: “Dalam hadis riwayat Muslim, Ibnu Umar pernah melintas di hadapan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam sedangkan sarungnya menurun, maka Rasulullah menegur Ibnu Umar dan berkata: "Wahai Abdullah, naikkan sarungmu!". Apabila Ibnu Umar saja yang termasuk sahabat yang mulia dan utama, Nabi tidak tinggal diam terhadap sarungnya yang menurun bahkan memerintahkannya untuk mengangkat sarung tersebut, bukankah ini menunjukkan bahawa isbal itu tidak berkaitan dengan sombong atau tidak sombong?! [Mukhtashar Syamail Muhammadiyyah hal. 11]

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

”Sesungguhnya pada yang demikian ini benar-benar terdapat peringatan bagi orang yang mempunyai hati atau apa yang menggunakan pendengarannya, sedang ia menyaksikannya” [Qaaf : 37]

Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah berkata: “Dan adapun orang yang berhujjah dengan hadis Abu Bakar, maka kita jawab dari dua sisi; Pertama, bahawa salah satu sisi sarung Abu Bakar kadang turun tanpa disengajakan, maka beliau tidak menurunkan sarungnya atas kehendak dirinya dan dia selalu berusaha menjaganya. Sedangkan orang yang mengklaim bahawa dirinya isbal kerana tidak sombong, mereka menurunkan pakaian mereka kerana kehendak mereka sendiri. Oleh kerana itu, kita katakan kepada mereka: “Jika kalian menurunkan pakaian kalian di bawah mata kaki tanpa niat sombong, maka kalian akan diazab dengan apa yang turun di bawah mata kaki dengan Neraka. Jika kalian menurunkan pakaian kerana sombong, maka kalian akan diazab dengan siksa yang lebih pedih, iaitu Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak akan berbicara kepada kalian, tidak dilihat oleh-Nya, tidak disucikan oleh-Nya dan bagi kalian azab yang pedih”. Kedua, Abu Bakar mendapat nasihat dan tazkiah dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bahawa dia bukan termasuk orang yang sombong, maka apakah kalian juga mendapat tazkiah dan nasihat yang serupa?" [Fatawa Ulama Balad Haram hal. 1140]

”Maka ambillah hal itu untuk menjadi pelajaran, hai orang yang mempunyai pandangan” [Al-Hasyr : 2]

Kedua : Mereka yang membolehkan isbal jika tidak sombong, menyangka bahawa hadis-hadis larangan isbal yang bersifat mutlak (umum), harus ditaqyid (dikaitkan) ke dalil-dalil yang menyebutkan lafazh khuyala' (sombong), sesuai dengan kaedah ushul fiqh, "Hamlul Mutlak 'alal Muqayyad Wajib" (membawa nash yang mutlak [umum-editor] ke muqayyad [khusus-editor] adalah wajib).

Jawapan:
Kita katakan kepada mereka: “Itulah sejauh-jauhnya pengetahuan mereka.[An-Najm : 30]

Kemudian kaedah ushul "Hamlul Muthlaq 'alal Muqayyad" adalah kaedah yang telah disepakati dengan syarat-syarat tertentu. Untuk lebih jelasnya, mari kita teliti perkataan ahlul ilmi dalam masalah ini.

Berkata Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah: “Isbal pakaian apabila kerana sombong maka hukumannya Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat, tidak mengajak bicara dan tidak mensucikannya, serta baginya adzab yang pedih. Adapun apabila tidak kerana sombong, maka hukumannya disiksa dengan neraka apa yang turun melebihi mata kaki, berdasarkan hadis:

Dari Abu Dzar Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : “Ada tiga golongan yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat dan bagi mereka adzab yang pedih; orang yang memanjangkan pakaiannya, yang suka mengungkit-ungkit pemberian dan orang yang melariskan dagangannya dengan sumpah palsu”.
Juga sabdanya : “Barangsiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana sombong, maka Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat”
Adapun yang isbal kerana tidak sombong, maka hukumannya sebagaimana dalam hadis : “Apa saja yang dibawah kedua mata kaki di dalam Neraka”. Dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam tidak mentaqyidnya dengan sombong atau tidak, maka tidak boleh mentaqyid hadis ini berdasarkan hadis yang lalu.
Juga Abu Sa'id Al-Khudri Radhiyallahu ‘anhu telah berkata bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Keadaan sarung seorang muslim hingga setengah betis, tidaklah berdosa bila memanjangkannya antara setengah betis hingga di atas mata kaki, dan apa yang turun di bawah mata kaki, maka bagiannya di neraka, barangsiapa yang menarik pakaiannya kerana sombong, maka Allah tidak akan melihatnya”.

Di dalam hadis ini, Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menyebutkan dua permisalan dalam satu hadis, dan dia menjelaskan perbezaan hukum keduanya kerana perbezaan balasannya. Keduanya berbeza dalam perbuatan dan berbeza dalam hukum dan balasan. Maka selama hukum dan sebabnya berbeza, tidaklah boleh membawa yang mutlak ke muqayyad (khusus), di antara syaratnya adalah bersatunya dua nash dalam satu hukum, apabila hukumnya berbeza, maka tidaklah ditaqyid salah satu keduanya dengan yang lain. Oleh kerana itu ayat tayammum yang berbunyi :”Basuhlah mukamu dan tanganmu dengan tanah” tidak ditaqyid dengan ayat wudhu, “Maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai siku” maka tayammum itu tidak sampai siku, kerana mengharuskan perlawanan”[As’ilah Muhimmah hal, 29-30, Lihat pula Fatawa Syaikh Utsaimin 2/921, Isbal Lighairil khuyala hal. 26]

Kesimpulannya: Kaedah "Membawa nash yang mutlak ke muqayyad wajib" adalah kaidah yang telah muttafak alaihi (disepakati) pada keadaan bersatunya hukum dan sebab. Maka tidak boleh membawa nash yang mutlak ke muqayyad apabila hukum dan sebabnya berbeza atau hukumnya berbeza dan sebabnya sama! [Lihat Ushul Fiqh Al-Islami 1/217 karya Dr Wahbah Az-Zuhaili]

[G]. KESIMPULAN



Dari pembahasan di muka, dapat disimpulkan:

[1]. Isbal adalah memanjangkan pakaian hingga menutupi mata kaki, baik kerana sombong maupun tidak, dan hal ini haram dilakukan bagi lelaki-lelaki.
[2]. Batasan pakaian seorang lelaki-lelaki ialah setengah betis, dan dibolehkan hingga di atas mata kaki, tidak lebih.
[3]. Hukum isbal itdak berlaku bagi wanita, bahkan mereka disyari'atkan menurunkan pakaiannya hingga sejengkal di bawah mata kaki.
[4. Isbal pakaian tidak hanya sarung, berlaku bagi setiap jenis pakaian berupa celana, gamis, jubah, serban dan segala sesuatu yang menjulur ke bawah.
[5]. Isbal kerana sombong adalah dosa besar, oleh kerana itu pelakunya berhak tidak dilihat oleh Allah pada hari kiamat, tidak disucikan-Nya, dan baginya adzab yang pedih.
[6]. Isbal jika tidak sombong maka baginya adzab neraka apa yang turun di bawah mata kaki.
[7]. Isbal memiliki beberapa kemungkaran, sebagaimana telah berlalu penjelasannya
[8]. Klaim sebagian orang yang melakukan isbal dengan alasan tidak sombong merupakan klaim yang tidak boleh diterima. Maka bagi mereka, kami sarankan untuk memperdalami ilmu dan merujuk kalam ulama dalam masalah ini.

Demikian yang boleh kami sajikan tentang masalah isbal. Semoga tulisan ini ikhlas kerana mengharap wajah-Nya dan bermanfaat bagi diri penulis serta kaum muslimin di manapun berada, amiin. Wallahu a'lam. Sekian. Assalamualaikum